Kisah The Winner yang sengaja dicacatkan -Converse vs Sears-

jeroong1

Converse The Winner merupakan salah satu produk yang di hasilkan oleh syarikat Sears dengan menaiktarafkan produk asal sneakers mereka iaitu Jeepers. The Winner pertama yang dihasilkan oleh Sears adalah pada tahun 1969 dan ianya merupakan kasut sukan gym telah memenangi anugerah dunia dengan kasut yang paling ringan dan cantik pada ketika itu.
.
Selepas daripada itu, Sears telah berjaya memikat syarikat Converse untuk berkerjasama dalam pengeluaran The Winner. Sears bukanlah menjual hakcipta The Winner kepada Converse tetapi Converse merupakan pengeluar dan menghasilkan produk The Winner. Jadi, Converse tiada hak kepada nama The Winner dan hanya layak untuk proses pembuatan sahaja.

Selepas termetrai perjanjian antara dua syarikat itu, pada tahun 1972, maka lahirlah produk baru yang dinamakan The Winner berslogan kata “Build by Converse, Just for Sears”.
.
Memandangkan hakcipta The Winner masih lagi dibawah Sears, jadi Converse tidak boleh menukar sepenuhnya pattern heel patches, insole dan heel label kepada nama Converse seperti kasut mereka yang sedia ada iaitu berpatcheskan bintang chuck taylor, berinsolekan Converse made in usa dan juga heel label converse .
.
Converse hanya berhak menambah nama disamping nama The Winner. Maka terkeuarlah heel label The Winner bersama-sama dengan Converse di atas produk The Winner. Pada tahun 1974, mereka telah melancarkan produk The Winner yang masih lagi sama tetapi pembaik pulih sedikit kepada insole The Winner dengan menukarkan insole Converse The Winner dan melancarkan beberapa produk The Winner yang berwarna lain.

Pengeluaran The Winner ini telah berjaya menarik ramai anak-anak muda di Amerika pada ketika itu yang mula menggilai Adidas dengan bercorakkan line di tepi kasut seperti Adidas.
.
Sears sudah merasa tamak. “Alangkah ruginya pihak aku tidak menghasilkan produk ini sendiri. Kenapa aku harus berkongsi sedangkan ianya produk aku.” Keluaran The Winner seterusnya adalah pada tahun 1977 dengan mengeluarkan model winner kain jeans.

[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]

Tidak lama selepas itu tahun 1977-1978, Sears telah mengambil keputusan untuk menarik diri dalam penghasilan The Winner bersama Converse dan dibawa bersama nama pattern ciptaan mereka iaitu The Winner. Akibat daripada penarikan diri kerjasama itu, Converse telah mengelami kerugian yang agak besar dan apa yang lagi merugikan adalah Converse tidak berhak menggunakan nama The Winner walaupun produk sudah siap.

Converse telah mengambil inisiiatif untuk memadam segala nama The Winner pada kasut mereka dengan Sears itu bagi menjual kasut di bawah nama Converse sendiri. Jadi, pada bahagian kasut rendah, ada dua tempat nama The Winner yang harus dipadamkan iaitu oada tapak insole dan heel label manakala bagi kasut tinggi ada 3 bahagian iaitu dua yang sama dengan rendah ditambah lagi heel patches yang jelas terang lagi bersuluh mempunyai nama The Winner.

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]

.
Converse telah mencoteng nama The Winner pada patches dan tapak insole dan juga memadam menggunakan getah pada heel label. Maka terbitlah barang reject yang pernah digilai remaja pada ketika itu.

Sears yang masih lagi bermimpi di siang hari dengan membawa nama The Winner telah cuba menaik taraf produk The Winner dengan menghasilkan produk The Winner 2. Memandangkan kilang Sears tidak mampu menghasilkan produk dalam kuantiti banyak pada suatu masa, Sears telah menghantar produknya untuk dibuat di korea kerana hasil bayaran kerja yang rendah namun tindakan itu memakan diri sendiri Sears. Produk yang dikeluarkan di negara lain tidak mempunyai material sama seperti di tempat asal mereka menyebabkan kualiti The Winner 2 mereka agak rendah.
.
Pada tahun 1980, maka lahirlah produk baru kasut larian yang diberinama The Winner 2. Akibat kualiti yang rendah, menyebabkan The Winner 2 tidak meletus sepeti The Winner bersama-sama Converse dahulu. Namun, sesal lagi tiada guna. Tahun 80an merupakan tahun kepada Nike dengan mengikat Micheal Jordan maka bermula lah kejatuhan syarikat kasut lama sedikit demi sedikit. Zaman sudah berubah.

(Jika ada percanggahan dan tambahan tentang maklumat di lain tentang The Winner ini sila maklumkan pada penulis kerana maklumatnya sangat terhad.)
.
Untuk bacaan kisah bagaimana The Winner yang mendapat nama boleh klik di sini: SEJARAH NAMA THE WINNER

Terima kasih sudi baca.

Sila #SHARE jika bermanafaat. Sekian.

– WIA GLOBAL STORE –

5 June 2020, Kota Bharu. Malaysia

Rujukan : Forum

*Lebih dikenali dengan nama Wan di kalangan rakan-rakan dan Jeroong Wia di kalangan netizen, penulis merupakan ‘collector’ tegar kasut-kasut vintage terutamanya Converse. Beliau telah mengembara secara solo ke serata dunia dan memanfaatkan peluang tersebut menimba ilmu tentang kasut-kasut vintage dan ‘menyelam’ pelbagai khazanah yang ada di negara luar. Selain ‘collector’, penulis juga menjual sebahagian kasut-kasut beliau yang semestinya ‘rare’. Anda boleh lihat item-item tersebut di Lokein Store beliau di sini : WIA GLOBAL STORE

#wiaglobalstore #conversehistory #converseallstar #conversevintage #conversestory #wiasneakers #conversethewinner


Editor’s Pick


Item Newly Listed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu

Chat Now
Chat Now
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad