No products in the cart.
Tahukah anda?
Pada 26 Julai 1978, ada suatu peristiwa yang sangat bersejarah bagi dunia muzik rock and roll di Amerika dan kini baju sempena event ini menjadi salah satu buruan peminat tegar baju vintage di dunia.
Pada mulanya Rolling Stones, Band dari UK 🇬🇧 ini tiada perancangan untuk mengadakan konsert di sini namun akhirnya promoter tersohor ketika itu Bill Graham berjaya mendapatkan slot untuk mengadakan konsert buat pertama kalinya di Bay Area, Oakland Colisuem Stadium USA menjadikannya destinasi terakhir American Tour Concert mereka pada tahun 1978.
Lebih menarik, tarikh keramat tersebut kebetulan sama dengan Hari Ulangtahun Vokalis Rolling Stones iaitu Mick Jagger yang ke-34, menjadikan para peminat betul-betul teruja dan tidak sabar menyerbu untuk melihat band idola mereka.
Para peminat dan syarikat-syarikat promoter mulalah mereka dan mengeluarkan baju-baju khas bersempena dengan konsert bersejarah itu. Tiket2 SOLD OUT dan baju-baju konsert juga laris habis.
[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]
Jika anda dapat lihat, di belakang baju-baju konsert istimewa ini tertulis Selamat Hari Jadi Mick! Satu-satunya design baju Rolling Stones Concert yang dikeluarkan bersempena dengan Birthday ke-34 Mick Jagger, menjadikan ia sebagai antara baju vintage Band Rolling Stones yang paling diburu oleh pengumpul dan peminat baju vintage tegar.
Konsert khas ini dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Carlos Santana (one of the world’s best guitarist), Eddie Money (mati pada 2019, merupakan anggota polis sebelum menjadi penyanyi rock) dan Peter Tosh (Artis reggae lagenda, bekas anggota Kumpulan Reggae The Wailers bersama Bob Marley, telah mati dibunuh pada 1987 di rumahnya). Boleh rujuk gambar yang dilampirkan.
Selepas persembahan pembukaan, Rolling Stones menyampaikan 19 buah lagu, majoritinya dari album mereka Some Girls dan sudah pastinya diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu hit mereka “I Can’t Get No, Satisfaction! yang memakan masa lebih 2 jam dalam konsert ini.
Baju ini juga suatu ketika dahulu telah menjadi viral apabila dilihat dipakai oleh ikon bolasepak England iaitu David Beckham yang amat terkenal di dunia. Lebih rare lagi, warna baju yang dipakainya ialah merah.
Apa yang rare, istimewa dan unik sangat pasal baju ni?
✅ baju konsert khas tribute kepada peminat-peminat konsert di Bay Area yang diadakan di Oakland Stadium sebagai lokasi terakhir Tour Concert mereka di Amerika pada tahun 1978
✅ konsert ini juga meraikan Hari Jadi penyanyi RS iaitu Mick Jagger yang turut menyambut Birthday yang ke 34 pada tarikh yang sama. Disebabkan ini juga, design belakang baju ni ada tertulis Happy Birthday Mick!
✅ baju RS keluaran 1970an yang paling cantik designnya dengan gambar Naga dan antara yang termahal untuk pengumpul koleksi baju vintage
✅ turut melibatkan persembahan 3 orang ikon dalam konsert ini iaitu Santana, Eddie Money dan Peter Tosh. Nama-nama mereka turut tertera di belakang baju ini.
✅ mempunyai beberapa warna tetapi dengan design yang sama. Antara baju yang paling pelik iaitu Baju Ringer sebab design yang sama dicetak di atas baju Ringer keluaran Adidas. Pada era 70an, Adidas amat popular dan menduduki takhta teratas sportswear di Amerika, itu antara sebab Adidas menjadi pilihan pencetak baju ketika itu. Selain dari ringer, ada tshirt warna hijau, putih, cream, merah, kuning, oren, biru cair, tie dye dan ada juga baju 3suku atau raglan/jersey. Kebanyakan baju-baju ini tagnya unbrand.
✅ Baju ni turut dipanggil Baju RS Naga Matahari, Baju RS David Beckham, RS Birthday Mick Jagger dan Naga Duduk.
✅ di Malaysia, diyakini ada beberapa orang sahaja yang memiliki baju ini dan boleh dikatakan collector baju ini di Malaysia antara yang teramai di dunia, ada tidak lebih 10 helai (setakat yang diketahui), selebihnya di Thailand, di Jepun dan kebanyakan masih di simpan oleh peminat tegar mereka di USA dan UK.
✅ Baru-baru ini Dunia Vintage Malaysia menyaksikan Baju Vintage RARE keluaran khas ini telah terjual dengan harga RM8,300 dan ia bertukar tangan kepada beberapa empunya yang baru dalam tempoh tak sampai sebulan. Acaner tu? Kenapa harganya boleh naik begitu mendadak sekali? Jawapannya mudah sahaja, sebab baju tu sgt RARE, kondisinya pula masih utuh seperti baru dikeluarkan dan kebetulan bertemu jodoh dengan pembeli/peminat yang mampu menawarkan harga yang padu untuk membuatkan seller melepaskannya. Rezeki buat kedua-dua seller dan buyer, yang lain macam kami ni turut boleh merasa melihatnya.
Adakah mereka ini kroni dan saja-saja buat bid tinggi-tinggi sebagai marketing murah murahan konon kononnya untuk menaikkan name bundle?
Oh tidak, jika anda percaya ini kronism, anda telah silap. Ini memang pembelian yang genuine. Malas nak komen lebih-lebih bab ni nanti ada yang sentap atau koyak. Mereka yang kenal dan tahu sahaja yang menjadi saksi akan rekod baru jualan baju Rolling Stones bagi tahun 2020 ini.
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]
Berikut dikongsikan beberapa gambar sekitar konsert pada 26 Julai 1978 ini yang sangat RARE disamping perkongsian gambar-gambar dari koleksi pengumpul di Malaysia, gambar google dan gambar FB. Kami mengucapkan terima kasih dan kredit kepada tuan punya gambar-gambar ini.
Kami menjangkakan in 5 more years, baju ini semestinya akan cecah lebih RM12 ribu lebih-lebih lagi setelah Mick Jagger mati kelak, umur diorang ni bukannya muda dah pertengahan 70an dah belaka. Selagi ada orang nak jual, selagi itu akan ada buyer atau bakal buyer yang sanggup beli.
Harap dengan perkongsian ini dapat memperjelaskan persoalan anda tentang bagaimana uniknya baju ini dan kenapa nilainya boleh dan bakal melonjak lagi di masa akan datang.
Dah baca? Takkan baca sahaja, tolong-tolong la kongsikan informasi ini sebagai tanda sokongan. Ilmu yang percuma, biar kami yang luangkan masa menggalinya. Siapa suka boleh LIKE dan SHARE. Sesiapa yang nak tambahbaik dipersilakan komen di bawah ini.
Orang kaya beli di butik,
Orang bijak beli di bundle,
“Only Jauhari Knows Manikam”
Sekian, salam hormat.
Yen SK, Kimchi Vintage Store
Kuala Lumpur
*Yen SK merupakan seorang penjawat awam sepenuh masa namun telah berkecimpung dalam perniagaan bundle sejak 25 tahun yang lalu. Bermula dari menjual di kaki lima dan pasar malam di Ipoh (Railway Station, Gerbang Malam) hinggalah ke JRB Vintage Night Market, Yen SK tidak pernah jemu melabur masa dan tenaga demi minat terhadap bundle. Pernah menetap di Seoul, Korea selama beberapa tahun Yen SK bertuah kerana dapat menimba pengalaman berkaitan vintage clothing di sana.
1 Comment