KEDAI SUPREME FAKE DI SHANGHAI YANG “HALAL” DISISI UNDANG-UNDANG?

SUP-01

Supreme adalah jenama skateboarding yang tidak asing lagi terutamanya bagi mereka yang meminati fesyen streetwear. Ditubuhkan pada 1994 di New York City, kini jenama itu mempunyai 11 butik; 2 di New York, 1 di Los Angeles, 1 di London, 1 di Paris dan 6 di Japan. Tapi khabar angin mengatakan terdapat sebuah kedai Supreme Fake telah dibuka di Shanghai, China?

Betul. Kedai itu dikatakan 100% Fake tetapi mengapa kedai itu tidak dikenakan apa-apa tindakan dari mahkamah? Bahkan, kedai itu lagi ‘grand’ dari kedai-kedai Supreme yang legit di beberapa buah negara. Kedai itu siap memiliki “Skateboard ramp” di dalam kedai dan mempunyai rekabentuk yang lebih menarik! Malah, barangan yang dijual di Supreme Shanghai itu mirip hampir sama dengan koleksi yang terjual di kedai Supreme yang legit. Diorang tak dikenakan tindakan ke?

Supreme store Shanghai, China

Begini, untuk diringkaskan, Supreme NYC tidak pernah membuka mana mana kedai Supreme di China atau selain dari 11 kedai yang tersebut di atas. Jadi, seseorang yang tidak bertanggungjawab atau mungkin boleh dikatakan seorang oportunis telah membuka kedai Supreme di China. Kemudian, seseorang itu terus mendaftar hakcipta jenama Supreme di China menjadikan kedai Supreme Fake di China itu menjadi “halal”. Eh, kenapa macam itu?

Kedai Supreme Fake di Shanghai yang “halal” di sisi undang-undang

Ini kerana undang-undang di China mempunyai sistem ‘siapa cepat, dia dapat’ untuk mendaftar hakcipta. Walaupun jenama itu telah berdaftar di negara asing, tetapi tidak berdaftar di China, ianya menjadi sahih jika seseorang segera mendaftar hakcipta di China. Katakanlah, jenama Adidas belum berdaftar hakcipta di negara China, kemudian anda segera mendaftar  hakcipta Adidas di China, ianya telah menjadikan anda sebagai pemegang hakcipta Adidas di China dan bebas mengeluarkan produk Adidas apa sahaja di China!

Itu lah serba sedikit perkongsian ringkasan cerita kedai Supreme Fake di Shanghai menjadi ‘halal’ disisi undang-undang di China. Apa pendapat anda semua? Jangan lupa untuk check out item listed di website kami.

Item Listed on Lokein

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu