Apakah maksud Made in USA/Designed/Under License dan Assembled di tapak insole kasut Converse?

wia usa1

Apakah maksud Made in USA/Designed/Under License dan Assembled di tapak insole kasut Converse?

Jom belajar.
[Kenali Converse Vintage Anda]

Ianya adalah terma pengeluaran Converse. Masih ramai yang keliru dan tidak faham tentang terma produk yang ditulis selain daripada yang asal iaitu made in USA. Ramai yang merujuk kepada penulis ingin bertanyakan tentang kesahihan Converse mereka. Jadi penulis akan cuba  terangkan sedikit sebanyak tentang sejarah dan maklumat tentang perkara ini.

Terma semua ini adalah berbeza sekali dari segi pengeluarannya.

 

“Made in usa” stamping asal pada insole kasut

“Made in usa”

Sudah nyata terang lagi bersuluh menyatakan bahawasanya produk tersebut dipatternkan dan juga turut dibuat oleh kilang Converse di USA.

 

 

“Designed in usa” pada model kasut 80’an

“Designed in USA”

Bermaksud dengan menggunakan pattern yang sedia ada dari Converse HQ, pengilang di luar USA mengambil pattern dan design asal kasut untuk dikeluarkan di negara mereka. Jadi, ianya bukan dibuat di USA.

 

 

“Designed in usa” pada model kasut 90’an

 

Bermaksud kilang lain yang mengambil design Converse yang sama dan mengeluarkan produk yang sama tetapi di negara lain. Ianya terjadi apabila anak syarikat Converse yang berada di luar USA ingin mengurangkan kos produk dan juga mempercepatkan keluaran produk jadi mereka akan membuka tender pengilang untuk menghasilkan produk mereka di negara tersebut maka itulah yang terjadi.

 

[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]

 

Dan ada juga beberapa negara yang membeli design Converse dan mengeluarkan sendiri di kilang negara mereka. Jadi pengilang kasut luar yang mendapat tender/mengeluarkan kasut ini mungkin akan membayar royalti kepada HQ Converse kerana telah mengambil hak pattern. Sama-sama untung. Converse dapat perluaskan produknya, manakala pengilang luar dapat menjual kasutnya. Maka dari situ terbitnya perkataan Designed in USA ini.

 

 

“Designed in USA” pada model kasut Jack Purcell

 

 

“Designed in USA” dipaparkan di heel label

 

 

“Designed in USA” dipaparkan di heel label

 

 

Tag model kasut “Designed in USA” juga turut berubah dari yang original USA

 

 

Kotak “Designed in USA” biasanya menggunakan kotak begini dimana kualiti material kotaknya kurang berkualiti.

 

 

“Designed in USA” made in Philippine

 

 

“Designed in USA” made in Japan

“Underlicence From Converse USA”

Hampir sama dengan designed cumanya under licence ini turut dikeluarkan di USA dan juga negara lain. Bererti pengilang kasut di USA dan juga negara lain dapat mengeluarkan kasut yang sama seperti kilang asal keluarkan dengan kelulusan HQ. Persamaan ketara antara kedua-dua ini adalah ianya bukan dibuat oleh kilang asal Converse di USA tetapi mungkin anak syarikat ataupun pengilang luar yang membayar royalti hakcipta pattern kepada HQ Converse.

 

 

“Made under license from converse inc, USA”

Original ke tidak?

Original ke tidak? Jika bertanya tentang original atau tidak, apa yang penulis yakin jawapannya adalah ianya bukan original USA tetapi masih lagi original bagi negara yang mengeluarkan kerana Converse HQ telah memberikan hak kepada mereka.

 

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]

 

Yang banyak terjadi ciptaan tidak original adalah apabila hakcipta sudah diluluskan oleh HQ Converse, mungkin ada yang berhati busuk mengambil pattern tersebut dan mengeluarkan sendiri/menjual lagi kepada pengilang lain yang tidak mendapat kelulusan dari HQ.

 

 

“Made under license from converse inc, USA” size kasut diletakkan pada insole dan heel label tidak tulisan made in USA/designed in USA. Hanya untuk model all star sahaja yang terdapat karakteristik sebegini.

 

Kualiti?

Apabila dibuat di tempat lain, jadi kualitinya akan turut berubah tidak mungkin sama sekali dengan apa yang dihasilkan di tempat kilang asalnya di usa. Kebanyakan model yang dihasilkan dari luar kilang converse kualitinya juga akan berkurang kerana material pembuatan tidak dijual oleh Converse HQ.

Apabila membeli pattern hakcipta, mereka hanya layak mengeluarkan design pattern yang sama apa yang Converse keluarkan tetapi bagi material asal dari segi getah insole, jenis canvas, benang, material tali tidak didedahkan. Jadi, pengilang kasut akan membuat produk dengan material yang ada dan biasa digunakan. Jadi sebab itulah mengapa keluaran designed dan underlicenced ini berkurang.

 

“Made under license from converse inc, USA”. Kualiti turut berubah mengikut pada material keluaran negara tersebut

 

 

“Made under license from converse inc, usa” made in japan. Kualiti lebih elok berbanding negara lain

 

Namun, tidak semua kualitinya berkurang. Jepun telah membuktikan bahawasanya produk yang dihasilkan olehnya lebih baik dari yang asal. Lihat kembali produk keluaran Jepun dan USA dan cuba membezakannya, anda akan dapat banyak perbezaan ketara dimana kualiti dan kekemasan dimenangi oleh Jepun.

 

“Assembled in USA”

Assembled in USA banyak dijumpai pada model converse one-star jenis suede. Label assembled in USA bermaksud ada beberapa component atau material kasut yang dari luar amerika digunakan pada produk mereka.

 

“Assembled in USA” pada One Star suede. Tulisan made in USA di kotak dan heel label juga tiada .

 

Converse One-star jenis suede dilancarkan pada era 1980. Tetapi memandangkan kekurangan teknologi pada waktu tersebut, warna pada material suede tersebut telah jatuh menyebabkan “discoloured” pada kasut. Memandangkan undang-undang Amerika merupakan yang paling ketat di dunia pada itu, Converse telah mengubah perkataan Made in Usa kepada Assembled in USA of US and Foreign Component.

Jadi ianya tetap original usa walaupun bukan dicop made in USA seperti model Converse vintage yang lain. Pada heel label juga hanya tidak dicop made in usa dan digantikan dengan TM di bawah bintang pada heel label dan juga kotaknya juga tiada made in USA.

Konsep ini adalah sama sahaja bagi jenama-jenama lain seperti Adidas, Puma, Nike dan sebagainya. Apabila sudah di puncak dunia, maka ramailah mata memandang. Bukan semua yang puja dan ada yang berakal panjang untuk memanipulasi bagi keuntungan cepat.

 

“Made under license from converse inc, USA” yang palsu.

 

Mana yang tidak tahu, kita akan jadi tahu. Itu penting nya ilmu dan belajar. Supaya tidak diperbodohkan orang. Sama-sama belajar. Kalau salah tolong betulkan.

Terima kasih sudi baca.

Sila #SHARE jika bermanafaat. Sekian.

– WIA GLOBAL STORE –

 

*Lebih dikenali dengan nama Wan di kalangan rakan-rakan dan Jeroong Wia di kalangan netizen, penulis merupakan ‘collector’ tegar kasut-kasut vintage terutamanya Converse. Beliau telah mengembara secara solo ke serata dunia dan memanfaatkan peluang tersebut menimba ilmu tentang kasut-kasut vintage dan ‘menyelam’ pelbagai khazanah yang ada di negara luar. Selain ‘collector’, penulis juga menjual sebahagian kasut-kasut beliau yang semestinya ‘rare’. Anda boleh lihat item-item tersebut di Lokein Store beliau di sini : WIA GLOBAL STORE

#wiaglobalstore #conversehistory #converseallstar #conversevintage #conversestory #wiasneakers #conversethewinner

 


Editor’s Pick


Item Newly Listed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu

Chat Now
Chat Now
Questions, doubts, issues? We're here to help you!
Connecting...
None of our operators are available at the moment. Please, try again later.
Our operators are busy. Please try again later
:
:
:
Have you got question? Write to us!
:
:
This chat session has ended
Was this conversation useful? Vote this chat session.
Good Bad