No products in the cart.
Tahun 2020 baru saja menjengah masuk ke separuh perjalanan menuju tahun seterusnya. Apa yang menarik adalah terdapat beberapa transaksi-transaksi besar telah berlaku bermula awal tahun tempoh hari. Transaksi yang dimaksudkan adalah yang berlaku melibatkan urusan jual beli barangan bundle vintage yang mungkin mengundang kebingungan pada mereka yang kurang menaruh minat terhadap dunia barangan terpakai, tua dan lusuh ini.
[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]
Penulis masih ingat bagaimana kecoh sekejap di timeline media sosial tentang jualan topi trucker vintage yang mencecah ribuan malahan puluhan ribu Ringgit untuk satu topi. Diikuti pula dengan terjualnya koleksi jersi bolasepak vintage pasukan Selangor dengan harga combo RM60k! Yang agak terbaru adalah sehelai t-shirt Nike Geisha Official terjual dengan harga RM28k oleh Tok Lie. Jenuh mikior bak kate orang Perak. Jika ditanya pada yang tidak pernah terjerumus dalam kancah bundle ni, memang mereka akan menganggap hal ini adalah rekaan semata-mata atau strategi marketing sahaja ni.
Strategi atau tidak, kesemua transaksi tersebut telah sah berlaku dan telah banyak kali pun berlaku sebelum-sebelum ini yang mungkin tidak sampai pada pengetahuan kita.
Tak reda lagi pasal isu bundle harga mahal, nah muncul pula Combo Deal dari Hatu Guni dengan harga RM100k! Pada penulis combo deal yang kali ini bakal mencipta sejarah baru dalam komuniti bundle Malaysia kerana harga dan koleksi barangan yang hendak dijual. Jom kita lihat apa yang istimewa dengan combo ni.
Pertama sekali adalah kerana pemilik koleksi combo ni iaitu Saufee atau lebih dikenali dengan nama Hatu Guni. Beliau antara beberapa kolektor paling tegar dalam dunia lah boleh kata kerana koleksi barangan vintage terutama dari jenama Nike beliau adalah terlalu banyak. Banyak mana tu? Ikut kata kenalan terdekat Hatu Guni, terlampau banyak koleksi yang tersimpan sampai tak tercapai dek akal memikiornyer.
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]
Sekarang anda berpeluang memiliki sebahagian dari koleksi milik Hatu Guni kerana dia nak jual combo sebanyak 410 helai t-shirt vintage dan disertakan sekali dengan 2 helai t-shirt vintage Nike Geisha! Harga yang dipinta adala RM100,000.00 untuk kesemua 412 helai t-shirt vintage yang terdiri daripada baju Nike, marathon, running, band, movies, cartoon dan lain-lain. Pada pendapat penulis, harga tersebut masih lagi boleh diusahakan untuk menjana keuntungan. Mari kita preview barang apa yang ada dalam combo.
Itulah sedikit preview yang disediakan oleh pihak Hatu Guni. Yang ada kelebihan dari segi casj money, ini peluang anda untuk merebut combo ini dan kebanyakan yang memberi respon mengatakan jika terjual semua t-shirt combo ini dengan harga pasaran sekarang, anda akan untung berkali ganda dari modal yang dikeluarkan.
Combo ini sudah available untuk di beli di laman web Lokein dan anda boleh terus ke store Hatu Guni di link INI.
Klik link ini untuk terus ke page jualan :
COMBO DEAL JACKPOT! RM100K UTK 410 + 2 VTG NIKE GEISHA T-SHIRT
Sekian,
Pijie
7 Jun 2020/Ipoh