No products in the cart.
Tahukah anda Nike Blazer merupakan sepasang kasut yang dicipta khas untuk sukan basketball? Keluaran pertamanya adalah pada tahun 1973, setahun selepas Nike mengeluarkan kasut Nike Cortez. Pada tahun 1973, jenama Nike baru sahaja 9 tahun menempah nama dan masih ‘struggle’ untuk meluaskan lagi empayar Nike di mata dunia.
FUN FACT : Sebelum jenama sukan ini diberi nama Nike dan menggunakan logo iconic “Swoosh”, mereka dikenali dengan nama Blue Ribbon Sports bermula tahun 1964.
Di masa awal penubuhan Nike, design kasut mereka telah dimanipulasi dan di eksperimen dengan hanya menampal logo “Swoosh” pada kasut Nike yang kosong. Tetapi pada 1973, mereka ingin bersaing dan menembusi pasaran sukan Basketball, Nike telah merancang untuk menambah baik teknologi pada keluaran kasut mereka dengan penghasilan model Nike Blazer. Pada era 60-an teknologi kasut adalah simple dan basic dimana hampir semua tapak kasut sukan pada waktu itu adalah getah semata-mata. Bermula di era 70-an, scene pembuatan kasut semakin rancak dimana semua jenama sukan berlumba-lumba untuk mencipta kasut sukan yang berteknologi tinggi.
FUN FACT : Model kasut Nike yang lain telah melalui proses evolusi teknologi pada pembuatan kasut mereka dari masa ke semasa. Tetapi tidak untuk model Nike Blazer, dimana ianya tetap mengekalkan ciri-ciri ‘old-skool’ dalam rekabentuk model tersebut.
Nama Nike Blazer diinspirasi dari nama pasukan Basketball yang masyhur ketika itu – Portland Trail Blazers. Tetapi bukan itu factor utama yang menaikkan populariti Nike Blazer ini. Segalanya bermula apabila Nike telah bekerjasama dengan George Garvin, atau lebih dikenali sebagai The Iceman, seorang Bintang Basketball di era 70an untuk dijadikan sebagai ikon Nike Blazer. Pada awal kariernya, The Iceman hanya memakai kasut Adidas untuk beraksi dalam gelanggang Basketball. Nike mengambil peluang dengan menawarkan bayaran yang tinggi kepada Iceman untuk beliau bertukar citarasa dengan memakai Nike Blazer. Sejak itu, Iceman memakai Nike Blazer sehingga hujung kariernya. Setiap fotografi Iceman yang diambil di gelanggang telah dijadikan sebagai ‘content’ iklan di semua medium pemasaran Nike ketika itu.
Permintaan Nike Blazer telah merudum jatuh pada era 80-an, selepas pelbagai model kasut dari Nike diperkenalkan terutamanya apabila Michael Jordan telah menandatangani kontrak bersama Nike. Situasi tersebut tidak lama apabila peminat sukan Skateboarding memulakan trend baru dengan memakai Nike Blazer untuk aktiviti sukan mereka. Ini kerana, teknologi tapak Nike Blazer yang cengkam dan tahan lasak memudahkan skateboarder untuk membuat skateboard tricks. Tambahan pula harganya rendah berbanding kasut lain membuatkan Nike Blazer menjadi sepasang kasut yang wajib dimiliki oleh skateboarders di era itu.
Sejak itu, pemakaian Nike Blazer telah menjadi sebahagian dari lifestyle dan telah menjadi fesyen harian. Nike mengambil peluang ini untuk meluaskan lagi pasaran Nike Blazer dengan mengubah design menjadi lebih ‘Fashion-friendly’. Di Malaysia juga telah menjadi stau trend yang popular di era 80an dimana mat moto dan mat fesyen seperti geng-geng Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pun memakai kasut Nike Blazer!
Pasaran Nike Blazer telah melalui ‘Sangsara’ atau kelahiran semula bermula pada tahun 2003, dimana Nike telah berkolaborasi bersama urban artist; Futura 2000 mengeluarkan seribu unit sahaja model Nike Blazer X Futura untuk jualan! Pada tahun 2006, Nike Blazer X Supreme pula dikeluarkan dimana design kasut itu diinspirasi dari design Gucci. Pada tahun tahun seterusnya, Nike telah mengambil langkah berani menembusi pasaran dunia dengan berkolaborasi bersama jenama-jenama terkenal seperti Comme Des Garcons (CDG), Fragment Design dan juga Off-White.
Itu sahaja serba sedikit perkongsian tentang Nike Blazer sepanjang zaman sejak era 70-an higga ke hari ini. Jangan lupa check out item-item yang baru dimuatnaik!
Newly Listed Items
-
RARE IN FLAMES BAND T-SHIRTRM 65.00
-
RARE THE CLASH BAND T-SHIRTRM 65.00
-
RARE THE SMITHS BAND T-SHIRTRM 95.00
-
THE LIBERTINES LONG SLEEVE BAND T-SHIRTRM 75.00
-
RARE THE SMITHS VTG SHIRTRM 110.00
-
RARE OVERPRINT HOLLOWEN HORROR MOVIE LONG SLEEVE SHIRTRM 65.00
-
RARE RAMBO III MOVIE T-SHIRTRM 75.00
-
RARE SID N NANCY SEX PISTOL BAND T-SHIRTRM 75.00
-
RARE ARCTIC MONKEYS BAND T-SHIRTRM 85.00