Peter Freedman – “Pemberani” menang bidaan RM25.6 juta untuk gitar Kurt Cobain

kurt

Sebuah gitar yang pernah digunakan oleh frontman Nirvana, Kurt Cobain semasa konsert MTV Unplugged in New York yang terkenal di kalangan peminat band grunge ini telah terjual dengan harga lebih dari USD6 juta (RM25.6 juta) di satu acara lelongan anjuran Julien’s Auctions dua hari yang lalu.

Gitar keluaran tahun 1959 buatan Martin model D-18E pernah tampil dalam persembahan istimewa Nirvana pada November 1993, lima bulan sebelum kematian Cobain yang ketika itu berusia 27 tahun.

Bidaan kemenangan berjumlah USD6,010,000 datang dari seorang ahli perniagaan Australia, Peter Freedman, pemilik Rode Microphones, yang membuat bidaan secara langsung dalam acara yang bertempat di Beverly Hills, yang menyaksikan persaingan sengit dari ramai pembida jutawan yang datang dari seluruh dunia.

Penganjur acara, Julien’s Auctions mengatakan penjualan itu telah mencatat lima rekod dunia baru, termasuk gitar paling mahal dan memorabilia paling mahal yang pernah dibida dalam satu-satu acara lelongan umum.

Nama Peter Freedman ternyata menjadi buah mulut satu dunia sejak sehari dua ini. Sudah tentu bukan sahaja kata-kata pujian atau kekaguman yang dituturkan, sindiran-sindiran negatif juga perkara biasa yang tular di media sosial. Penulis terngiang-ngiang situasi yang sama berlaku di dalam komuniti kita apabila ada “Pemberani” seperti Peter Freedman yang sanggup membida harga puluhan ribu Ringgit hanya untuk sehelai t-shirt atau kasut.

[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]

Mari kita kenali serba sedikit tentang latar belakang Peter Freedman dan juga keistimewaan gitar milik Kurt Cobain tersebut yang penulis dapat gali informasinya di internet. Kalau ianya tidak istimewa mana mungkin ada yang sanggup berhabisan jutaan Ringgit untuk mendapatkannya bukan? Bidaan ini sah ya tuan-tuan dan yang pasti tiada komplot kroni untuk menaikkan harga bidaan :).

Gitar yang dikeluarkan pada tahun 1959 model Martin D-18E adalah yang ke-7 dari sejumlah 302 unit model D-18E yang dibina oleh Martin sendiri, dan telah di ubahsuai oleh Cobain, yang menambah ‘pick-up’ Bartolini ke lubang suara untuk mendapatkan ‘sound’ yang beliau mahukan. Selain konsert ‘Unplugged In New York’, Cobain juga pernah menggunakan gitar tersebut dalam beberapa persembahan pentas yang lain, namun sehingga kini, tiada yang dapat menandingi kehebatan malam bersejarah Nirvana bersama MTV yang penulis percaya hampir semua dari kita pernah menyaksikannya di YouTube atau jika yang sudah berusia sedikit mungkin menontonnya melalui rakaman pita video (VHS).

“Adalah mustahil jika ada pendapat yang menyangkal bagaimana pentingnya rakaman pertunjukan MTV Unplugged di New York pada tahun 1993. Ia adalah satu khazanah yang berjaya di-dokumentasi-kan tentang apa yang sudah diketahui oleh seluruh peminat muzik didunia pada umumnya tentang Nirvana dan terutama Cobain – bahawa di kalangan pemuzik ini terdapat bakat yang paling ikhlas dan tak berbelah bagi, penuh dengan karakter dan ekspresi diri melalui cara apa pun yang mereka pilih untuk muncul. Cobain, dirinya, lagu-lagunya, fesyen dan gaya hidup tentu saja membawa nilai tertentu dalam pasaran walaupun telah bertahun sejak kematiannya yang mengejutkan, tetapi Martin D18, yang digunakan pada pertunjukan ‘itu’, berjaya diperolehi dalam acara bidaan secara langsung, memang ibarat bulan jatuh ke riba kerana tiba-tiba entah bagaimana ia sedang dalam perjalanan ke tempat ku di California”, kata Peter Freedman ketika disoal oleh wartawan.

Peter Freedman merupakan pengasas syarikat Rode Microphones, yang mana perniagaan keluarganya ini telah bermula dengan sebuah kedai alat muzik kecil sejak tahun 1960-an di Sydney, Australia. “Pemuzik dan seniman telah menyokong keluarga saya sejak tahun 60-an lagi. Kami telah berada dalam perniagaan ini dalam tempoh yang lama, dan saya telah mengaut keuntungan yang banyak dengan Rode, kini tiba masanya saya sumbangkan sesuatu kepada komuniti ” kata Freedman.

Freedman telah mengumumkan yang beliau akan membawa gitar ini dalam satu siri jelajah seluruh dunia untuk dipamerkan di galeri-galeri seni yang terpilih dan hasil kutipan tiket jelajah itu akan disalurkan sepenuhnya kepada komuniti penggiat seni sebagai bantuan dan pembiayaan. Usaha mulia ini wajar dipuji kerana kebanyakan kolektor agak skeptikal tentang idea menyumbang barangan kesayangan mereka untuk tatapan umum tambahan pula dibawa ke serata dunia. Teringat kolektor Nike tersohor negara kita Hatu Guni yang banyak terlibat dalam menyumbangkan item koleksi beliau untuk rujukan dan pameran demi kemaslahatan komuniti vintej dunia.

Freedman membawa pulang gitar yang dilengkapi dengan ‘hard-shell case’ yang asli yang dihiasi dengan ‘flyers’ dari kumpulan punk rock Poison Idea, album tahun 1990 yang berjudul ‘Feel The Darkness’. Tiga keping tiket tuntutan bagasi terlekat pada pegangan, bersama dengan pelekat Alaska Airlines yang dilekatkan pada kotak itu dan ruang penyimpanan mengandungi sebungkus tali gitar yang telah digunakan separuh oleh Cobain, picks dan “stash bag” suede.

Selain kisah gitar Cobain ini, banyak lagi perihal seperti ini yang telah dan akan berlaku didalam ‘scene’ kolektor memorabilia. Sama juga seperti bidaan baju vintej yang selalu kita ikuti, ‘pemberani’ tetap ada untuk setiap jenis barang yang hendak dibida. Tahun 2020 saja telah menyaksikan beberapa “pemberani” muncul menggegarkan dunia bundle & vintej online. Cuma, kadangkala penulis tersenyum sendiri apabila membaca komen-komen yang agak sinis menyindir kesanggupan individu yang berbelanja besar hanya demi sesuatu item yang tidaklah bergemerlapan seperti barangan baru. Tak kenal maka tak cinta, tak tahu jadi seteru. Begitulah kita dalam apa jua perjalanan hidup. Yang paling ‘best’ adalah kita saling bersikap terbuka dan belajar terima hakikat bahawasanya dunia sudah berubah. Oleh itu kita juga perlu cepat belajar untuk seiring dengan kepesatan kemodenan pemikiran dan cara perniagaan. 

Mari lihat beberapa item yang ada dijual di Lokein yang ianya mungkin menjadi satu khazanah di masa depan, siapa tahu bukan? bak kata pepatah; biar menyesal beli dari menyesal tak beli 🙂 


Editor’s Pick

Item Newly Listed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu