Sanggup menghabiskan ribuan Ringgit hanya untuk sehelai baju bundle. Ini adalah sebabnya.

IMG_20190522_092546

“Iron Maiden? Sebuah band lagenda yang hampir semua peminat muzik kenal. Harga sehelai baju T mereka sahaja boleh mencecah ribuan ringgit walaupun sudah buruk. Tambahan lagi jika baju T tersebut adalah Iron Maiden “Purgatory” dengan lengan camo, lagi-lah mahal harganya”.

Begitu adalah contoh jawapan klise dari peminat pakaian vintej dan terpakai jika ditanyakan tentang kumpulan muzik Heavy Metal dari British tersebut. Diakui nama Iron Maiden telah berdaftar lama di dalam kamus perbendaharaan bundle sejak dari 80an. Ketika itu sudah kedengaran nama itu disebut-sebut jika ada yang berhasil memperolehinya didalam bundle. Walaupun ketika itu harga untuk sehelai boleh dikira mampu milik berbanding hari ini, namun ia masih berada didalam kategori rare kerana kepayahan untuk mendapatkannya.

Bak laksamana melayu yang lengkap bertanjak dengan keris disisip rapi di sampin, mungkin tidak keterlaluan untuk diumpamakan seorang peminat atau pengumpul baju-baju bundle band vintej akan nampak lengkap persalinannya jika memiliki sekurang-kurangnya sehelai “Purgatory” di dalam koleksi. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika harga untuk mendapatkannya mencecah belasan bahkan puluhan ribu ringgit kerana permintaannya melebihi kuantiti yang ada.

 

[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]

 

Baru-baru ini pemilik akaun Facebook yang bernama Lie Lie (Tokli Vtg) berjaya menjual sehelai baju T Iron Maiden dari koleksi beliau dengan harga RM11, 850.00 menerusi satu acara bidaan. Baju T Iron Maiden ‘Purgatory’ Camoflage Sleeve itu yang dikatakan boleh mencecah harga sehingga RM15, 000.00 adalah antara koleksi yang wajib ada bagi seseorang yang meminati baju bundle vintej.

Seperti biasa, berita seperti ini mendapat liputan meluas dari warga media sosial dan terdapat segelintir yang mempersoalkan tentang nilai baju tersebut. Ada juga yang berani mengeluarkan kenyataan bahawa harga tersebut hanyalah spekulasi yang dimainkan oleh rakan-rakan terdekat penjual itu sendiri.

 

T-shirt Iron Maiden “Purgatory” milik Tok Lie Vtg yang berjaya dijual dengan harga RM11850

 

 

Diakui memang agak sukar untuk dihadam oleh mereka yang tidak mengikuti atau meminati arena baju-baju bundle vintej yang sememangnya mempunyai nilai yang cukup tinggi. Malah, nilai seseuatu baju bundle itu terutama t-shirt band seperti Iron Maiden akan meningkat dari saban tahun dan harga yang di tawarkan oleh penjual boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

 

Resit bukti pembayaran dari pembeli untuk t-shirt “Purgatory”

 

 

“Purgatory” adalah single kelima Iron Maiden, dikeluarkan pada 15 Jun 1981, dan merupakan single yang terakhir bersama penyanyi Paul Di’Anno. Purgatory juga adalah single kedua dari album “Killers”, walaupun single yang sebelumnya, “Twilight Zone”, tidak termasuk pada pressing asal album di luar dari Amerika Syarikat. Menurut pemain drum, Nicko McBrain, “Purgatory” adalah pembuatan semula lagu-lagu terdahulu Iron Maiden yang berjudul “Floating”, yang mana ia adalah susunan semula dengan tempo yang lebih laju.

 

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]

 

Namun ini bukanlah sebab utama mengapa baju T “Purgatory” ini menjadi mahal harganya. Keistimewaan kesemua baju T Iron Maiden terletak pada karya seni rekaan yang dipaparkan. Jika Disney mempunyai Mickey, untuk Iron Maiden pula mereka ada Eddie, yang juga dikenali sebagai Edward T. Head atau Eddie The Head.

Eddie adalah satu makhluk zamrud tanpa kulit yang telah menjadi ikon kepada band itu selama lebih dari tiga dekad. Eddie telah menjadi sinonim sebagai maskot Iron Maiden dengan menjadi imej utama grafik untuk kulit album dan juga t-shirt mereka.

Eddie juga muncul bersama-sama di atas pentas semasa konsert. Perwatakannya yang mengerikan telah menjadi satu karya seni yang dipamerkan di merata tempat seperti di cawan, pembuka botol, topi, tudung, kertas pembungkus Krismas dan berbagai lagi.

Banyak artis telah menghasilkan karya seni yang memaparkan Eddie untuk band ini selama bertahun-tahun, tetapi pelukis yang bertanggungjawab melahirkan Eddie adalah Derek Riggs.

Riggs, artis Inggeris berusia 55 tahun yang kini tinggal di California, adalah artis utama untuk band Iron Maiden sejak tahun 1980-an. Beliau mencipta karya seni untuk setiap kulit album Iron Maiden yang dikeluarkan sepanjang dekad itu.

Karya seni Riggs yang terinspirasi dari komik kegemaran beliau sejak dari kecil telah menghidupkan imaginasi, kesetiaan & imej simbolik yang mempunyai mesej tersembunyi yang menjadi rebutan peminat Maiden di seluruh dunia. Kebanyakan hasil karya Riggs dipengaruhi oleh bahan bacaan dan buku-buku komik dari Amerika serta filem-filem genre seram Inggeris.

Riggs menjelaskan bahawa asal-usul Eddie bermula pada lewat 1970-an. Ketika itu, beliau seorang yang sentiasa sibuk bekerja. Riggs menghasilkan reka grafik kulit album piring hitam untuk kebanyakan label utama di London.

Pada masa ini, beliau cuba membuat visi sendiri tentang apa yang beliau fikir sebagai kulit album rock yang diidamkan. Salah satu rekaan beliau ialah gambar yang bertajuk “Electric Matthew Says Hello”. Hasil karya itu menarik perhatian pengurus Iron Maiden, Rod Smallwood, yang sangat kagum dengan bakat artis muda itu lantas mengupah Riggs sebagai ilustrator rasmi Iron Maiden. Tidak lama kemudian, Iron Maiden menggunakan watak “Electric Matthew Says Hello” ciptaan Riggs sebagai ikon utama untuk kulit album debut mereka dan menamakannya Eddie.

Tidak lama selepas itu timbul pula pergeseran tentang hak milik Eddie diantara Riggs dan ahli kumpulan Iron Maiden. Walaubagaimanapun, Riggs bertegas yang Eddie adalah hasil ciptaan beliau walaupun tiada tercatat dalam mana-mana kontrak perjanjian.

Satu-satunya perkara yang pernah disebutkan dalam kontrak adalah hak untuk lukisan yang Riggs telah hasilkan untuk Maiden, tanpa menyebut tentang watak Eddie. Namun Riggs tidak mahu memanjangkan perkara itu ke mahkamah undang-undang kerana Riggs sudah tidak mahu melukis Eddie lagi.

Beliau telah menghabiskan sepuluh tahun untuk melukis Eddie sepenuh masa dan merasakan khidmatnya sudah mencukupi ditambah lagi dengan kontroversi hakcipta Eddie yang telah membuat beliau berkecil hati.

Apabila ditanyakan tentang kata-kata semangat kepada pereka-pereka muda yang baru mahu memulakan karier bersama band, Riggs menegaskan sekiranya seseorang itu ingin melukis sebuah karya untuk menghiasi kulit sebuah album HEAVY METAL, amat penting untuk kekal spesifik tentang apa yang ingin disampaikan.

Kebanyakan pengkarya gagal kerana mereka fikir mereka hanya melukis untuk kulit album sahaja tetapi sebenarnya tidak. Pada pendapat Riggs seorang pengkarya sebenarnya melukis untuk rekaan di atas t-shirt apabila melukis sebuah kulit album.

Itulah yang akan berlaku kepada setiap karya untuk sesebuah kulit album; ia akan berakhir dengan di cetak di atas T-Shirt. Oleh itu, ia perlu mempunyai sentuhan ikon yang benar-benar hebat. Ikon utama perlu lebih menonjol berbanding elemen yang lain.

Dalam jangka masa panjang, sesebuah band akan membuat lebih banyak wang dengan jualan t-shirt daripada mereka mengeluarkan album. Sebuah band berkemungkinan mendapat kurang daripada 10 peratus hasil dari penjualan album, dimana selebihnya adalah untuk dibahagikan kepada pihak pengurusan, siri penjelajahan, ahli- ahli band yang lain dan kos-kos promosi.

Untuk t-shirt dan barangan-barangan (merchandise) lain, band akan mendapat 30 peratus jika mereka menjualnya melalui kedai, dan mungkin lebih dari 60 peratus jika mereka menjualnya sendiri melalui laman web, dan kosnya sama untuk peminat tidak kira di mana mereka membeli. Peminat pula tidak semua akan membeli satu album.

Segelintir dari mereka lebih gemar muat turun secara percuma sahaja. Walaubagaimanapun, mereka sanggup membeli dua, tiga, atau empat helai t-shirt Iron Maiden atas sebab minat terhadap rekaannya.

 

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-4″]

 

Kesimpulannya, bukan satu perkara yang menghairankan jika t-shirt Iron Maiden di jual dengan harga yang sebegitu tinggi. Harga tersebut tidaklah ditentukan secara membuta tuli sahaja. Terdapat kisah disebalik setiap rekaan dan jalan cerita untuk t-shirt tersebut.

Sudah tentu yang sanggup membeli adalah individu yang betul-betul menghayati perjalanan band Iron Maiden sejak dari awal dan boleh dikatakan t-shirt itu sendiri boleh dikategorikan sebagai bahan bersejarah yang layak di simpan rapi untuk tontonan generasi akan datang. Jikalau sekalipun tidak minat dengan lagu-lagu nya, tidak salah untuk mana-mana individu yang berkemampuan untuk membeli t-shirt seperti itu.

Selain boleh dijadikan sumber pelaburan masa depan, individu tersebut sepatutnya berbangga kerana berpeluang untuk memiliki salah satu daripada beberapa kuantiti yang amat terhad yang menjadi rebutan peminat Iron Maiden dan Derek Riggs di seluruh dunia.

Jadi bagaimana dengan anda peminat – peminat baju t vintej? Sudahkah anda memiliki t-shirt Iron Maiden vintej dalam koleksi anda? Jika belum anda masih berpeluang untuk dapatkan t-shirt Iron Maiden untuk koleksi anda dari penjual – penjual sah yang berdaftar di website Lokein. Sudah tentu kesemuanya adalah 100% tulen kerana telah ditapis sepenuhnya oleh pihak Lokein. Anda boleh terus ke profile jualan menerusi link-link di bawah:

 

Sumber rujukan :

https://www.facebook.com/rusli.matriffin.9/posts/2589589561267920 (FB Lie Lie @ Toklie Vtg) 

https://cyrusaman.com/2013/11/09/23/ (An interview with Iron Maiden artist Derek Riggs)

https://www.etsy.com/listing/615555760/mega-rare-vintage-iron-maiden-camouflage

https://tshirtslayer.com/tshirt-or-longsleeve/iron-maiden-purgatory-tshirt-camosleeve-198283-us

https://dmrbooks.com/test-blog/2018/2/18/painting-metal-the-art-of-derek-riggs


Editor’s Pick


Newly Listed Item

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu