No products in the cart.
Rata-rata peminat bundle sudah tahu akan kewujudan t-shirt yang mampu menjangkau harga puluhan malah ratusan ribu ringgit.
Seakan tidak percaya akan kebenaran ini tetapi ia tetap menjadi kegilaan sesetengah pengumpul atau ‘collector’ tshirt vintage seperti ini.
Since ramai sangat bertanya apa cerita di sebalik Nike yang menjadi viral baru-baru ini, ni kami cuba kongsikan untuk perkongsian bersama. Bacalah dengan hati, bukan dengan perasaan.
Vintage Nike Geisha OFFICIAL Cascade Run-Off Pinwheel 80s atau lebih dikenali sebagai NIKE GEISHA antara salah satu tshirt yang berjaya mencapai market sehingga melebihi RM20k di pasaran antarabangsa mahupun tempatan.
Nike Geisha ini merupakan tshirt keluaran khas sempena acara larian atau “Road Race” yang diberi nama Cascade Run Off yang diadakan di Portland, salah satu bandar di Oregon, USA pada tahun 1981. Boleh baca lanjut mengenai sejarah Cascade Run ini yang telah mengubah lanskap penganjuran acara larian di dunia di sini.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh peminat/collectors Nike dari seluruh pelusuk dunia, Tshirt design Geisha ini dikeluarkan dalam 3 jenis sifat yang berbeza.
[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]
Dirujuk daripada buku Nike Chronicle keluaran Lighting vol.105, Vtg Nike Geisha ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
Ciri yang pertama adalah mempunyai tag Hanes Fifty Fifty Combed (kain 50/50) yang berwarna oren dan berwarna kuning gelap. Kedua adalah mempunyai tag Nike Pinwheel, kain 100% Cotton dan berwarna kuning gelap
dan yang terakhir, mempunyai tag Nike Pinwheel, Kain 100% Cotton dan berwarna kuning cair yang tertulis Official.
Namun melalui pengamatan, pengalaman dan juga perkongsian dari rakan2 pengumpul Nike, selain Baju Nike Geisha dengan tag di atas tu (Tag Pinwheel dan Tag Hanes), terdapat juga Baju Nike Geisha ini yang dicetak atas baju dengan tag Anvil dan Tag Screen Star.
Kenapa ada baju Nike tapi guna tag selain jenama Nike atau lebih popular digelar Tag Tumpang?
Disebabkan permintaan yang tinggi dan terdapat pertambahan bilangan crew/petugas, maka penganjur terpaksa menempah lebih di saat akhir menyebabkan cetakan dibuat di atas baju2 yang bukan menggunakan baju tag Nike namun tetap original under license oleh Nike kerana menggunakan logo Nike dalam printingnya. Yang pastinya, Baju Nike Original Vintage tidak pernah menggunakan Tag Biru (Blue Tag) atau Tag Oren (Orange Tag) mahupun Tag Steadman pada masa itu.
Namun anda perlu berhati-hati, terdapat juga Nike Geisha yang dikeluarkan semula pada tahun 2000 dengan menggunakan Nike Tag Orange dan Nike Silver Tag. Baju ini merupakan Reproduction atau Replica atau Reissues seperti contoh di link ini.
Baju-baju di link atas ini bukan tak original, cuma reproduction, bukan keluaran asal.
Bayangkan baju keluaran semula ni pun dah beribu-ribu harganya dijual, walaupun bukan keluaran asal pada tahun 70an atau 80an. Inikan pula yang memang original vintage keluaran asal.
[logichop_block id=”shop-nike”]
Apa-apa pun yang penting ianya sangat bernilai bagi pengumpul Nike dari serata dunia. Kenapa begitu mahal? Jawapannya sebab ianya rare dan sangat2 terhad.
Apa yang menentukan harga market dunia?
Yang menentukannya ialah berapa yang hendak dijual oleh collector dan berapa pembeli yang berani letak harga untuk membelinya. Tiada spesifik sebab mengapa harganya sebegitu. Kadang2, penjual asalnya taknak jual pun, atau hanya test untuk cari pemberani, jika ada yang sanggup offer dengan harga yang dirasakan berbaloi untuk dilepaskan, maka si empunya baju akan jual juga akhirnya, sesuai dengan tahap kesusahan (RARE) baju tersebut di samping kondisi yang memang masih lagi utuh dan hampir baru (atau lebih disebut sebagai Mint Condition) atau jika macam baru (belum terpakai) dan masih mempunyai tag asal digelar DEADSTOCK.
Umum mengetahui bahawa Nike Vintage memang berharga dan bernilai tinggi bukan sahaja sekarang, malahan sejak tahun 90an lagi, pada masa itu Baju Iron Maiden pun tak sampai beratus orang jual, tapi Nike Vtg seperti Air Jordan, Geisha, Sumo, Hike Nike, NikeMan dan sebagainya telah mula dijual dan terjual dengan harga ribuan ringgit. Anda boleh tanya mereka yang dah main vintage ni sejak 20 tahun lepas.
Mungkin ada di kalangan anda yang tertinggal, baru-baru ini ada sepasang kasut Nike Air Jordan telah dijual dengan harga USD560,000 atau hampir RM2.5juta secara bidaan/lelongan. Baca lanjut di sini:
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]
Anda yang dah baca berita mengenai Nike Air Jordan yang telah dibida pada harga USD560,000 tu ni kami nak tanya, anda masih menganggap ini jualan kroni? Masih ada yang ckp diorang ni propa atau sembang lebih? Masih ada yang kata pembeli ni bodoh? Patut beli rumah, patut beli kereta atau pergi melancong? Mereka2 ini sudah pun ada semua tu dan telah pun memenuhi keperluan mereka, hanya minat mereka untuk memiliki barangan tersangat RARE ini membuatkan mereka sanggup membelanjakan duit mereka untuk membayarnya.
Untuk baju yang terjual baru-baru ini yang hangat dipersembangkan oleh komuniti bundle Malaysia ialah Nike Geisha Official, bermaksud baju ini hanya dikeluarkan secara terhad kepada kakitangan atau urusetia/petugas (crew) sahaja, jadi bertambah limited edition lah bagi pengumpul yang berjaya memilikinya.
Macam mana harga boleh jadi mcm tu?
Sememangnya Nike Geisha ini menjadi salah satu simbol kemegahan pengumpulnya yang hanya diketahui tidak sampai 50 helai sahaja yang ada dunia ini yang memilikinya. Untuk edisi Official ini lebih terhad, hampir mustahil dapat dilihat ianya dijual. Kebanyakan pengumpul yang memilikinya hampir pasti tidak akan menjualnya, maka sekiranya baju ini terlihat ada dilisting di mana-mana online marketplace, maka ia akan menjadi buruan, terutamanya kepada pengumpul dan peminat tegar pakaian vintage Nike.
Di sini kami kongsikan sekeping gambar yang menunjukkan sekumpulan Pengumpul Tegar dan Termasyhur dunia yang berkumpul setiap tahun di Jepun. Nanti free2 kami akan cuba tulis dan kongsi mengenainya. Mereka ini sememangnya amat terkenal dengan koleksi2 vintage Nike terpadu di dunia. Yang menariknya, salah seorang daripada mereka ini ialah orang Malaysia. Tak perlulah saya perkenalkan atau beritahu yang mana satu dia. Anda kaji dan buat la sedikit research. Takkan semua nak di spoon feeding ye dak?
Baju Nike Geisha Official ini dipercayai hanya dimiliki oleh beberapa orang individu sahaja di Malaysia, termasuk beberapa helai di negara jiran, sebahagian besar di Jepun dan selebihnya di USA dan Europe.
Kami syorkan anda banyakkan lagi bacaan dan mengambil tahu mengenai dunia vintage ini jika anda ingin tahu kenapa dan bagaimana ianya makin mekar di pasaran dunia sekarang.
Jangan nanti ada orang cakap anda ketinggalan anda sentap pula.
Tak tahu ambil tahu,
dah tahu kongsi dan beritahu.
Bagi anda yang baru minat dan mahu berkecimpung dalam vintage clothing, selamat datang dan salam perkenalan dan salam kemesraan dari kami semua.
InsyaAllah, ada sahabat bundle berkongsi bahawasanya ada 4 Rukun untuk main bundle atau vintage ini:
1. Jangan malu bertanya;
2. Usaha untuk mencari modal untuk beli atau jual;
3. Banyakkan berkawan dengan yang lebih arif. Kata orang, kalau teringin nak memiliki Ferrari, jangan tanyakan rahsia atau ilmu dari pemandu Saab (harap2 anda tau la jenama kereta ni), sama juga nak main baju bundle, jangan tanye geng main baju Cheetah, Forest, Antioni dan Durban; dan
4. Banyakkan membaca dan mencari ilmu (supaya anda lebih bijak, tidak mudah tertipu dan tidak sesekali menipu)
Akhir sekali, mungkin ada di kalangan anda yang bertanya boleh ke kalau jual dengan harga mahal ni? Islam membenarkan kah?
Kot2 ada Ustaz atau para tokoh ilmuan netizen yang bertanya pasal boleh ke tak jual harga mahal2 ni.. boleh baca dan tonton penjelasan beserta contoh oleh UAI di sini.
Jangan lupa follow Official Online Store saya di Lokein untuk melihat beberapa koleksi barangan vintage Nike saya untuk dijual di link ini; Kimchi Vintage Store
Sekian, salam hormat dan terima kasih.
Yen SK,
Kimchi Vintage Store, Kuala Lumpur
2 Syawal 1441
**info diambil dan digarap dari ambilan perkongsian ilmu dalam internet yang dikongsikan oleh beberapa page, blog dan website. Credit kepada mereka yang telah menyumbang.