No products in the cart.
Asal-usul
Terma “Pre-loved” adalah seperti perkataan yang lebih ‘sopan’ untuk menggantikan terma “Used”, “Second-hand”, barangan terpakai atau “Bundle”. Untuk membahasakannya dengan lebih baik, ia sebenarnya membawa maksud sesuatu yang pernah disayangi (Previously-loved). Jika dari sudut definisi pula, “Second-hand” atau barangan terpakai adalah merangkumi semua jenis dari pakaian, hobi, aksesori, buku, perabot, hiburan, kereta dan motorsikal. Walau bagaimanapun, yang paling dicari ialah dari segmen pakaian, kasut & aksesori yang membawa kearah satu pergerakan budaya dalam penentu arah fesyen & trend. Terdapat 3 sebab yang paling penting untuk orang membeli barang-barang yang terpakai:
(A) Harga murah tetapi masih mendapat kualiti yang sama seperti baru.
(B) Item yang berjenama atau mempunyai nilai harga dan trend semasa yang menjadi ikutan untuk pengguna yang mencari gaya individu yang unik.
(C) Faktor sejarah, kisah disebalik sesuatu peristiwa & nilai sentimental yang dibawa bersama setiap item yang menjadikan mereka lebih berharga daripada nilai asal ketika dibeli.
Terma “Vintage” pula adalah istilah merujuk kepada item-item yang dihasilkan dalam 20 tahun dan kebelakang. Kebanyakannya adalah barangan terpakai atau “Pre-loved” tetapi ada sebahagian daripada mereka masih belum digunakan atau dirujuk sebagai “NEW OLD STOCK”. Biasanya nilai akan naik beberapa kali dari harga asalnya kerana pengeluarannya mungkin telah terhenti sehingga jumlah menjadi terhad yang tersedia di pasaran sekarang berbanding permintaan yang diterima.
Malaysia adalah pengimport kedua terbesar dunia untuk pakaian terpakai secara global (USD154 juta) selepas Pakistan. Industri ini telah bermula sejak akhir tahun 1970-an dan permintaannya meningkat dengan ketara selama 10 tahun yang lalu. Malaysia mengimport paling banyak dari Jepun (USD69.9 juta) dan Korea Selatan (USD28.9 juta) pada tahun 2017.
Sejak 10 tahun yang lalu, jelas terlihat perbezaan ketara sambutan orang ramai terhadap ‘bundle’. Boleh dikatakan ‘fenomena’ ini bukanlah sesuatu yang baru di negara-negara besar seperti USA, Jepun dan Korea. Disana tempat bermulanya budaya ‘terpakai’ ini langsung diadaptasi ke negara kita secara tidak langsung dengan kemudahan internet.
Lapisan pengguna
Secara ringkas pengguna atau penggemar barangan terpakai ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Kajian ini berdasarkan pengamatan penulis melalui pemerhatian sekitar beberapa tahun bergelumang dengan dunia ‘bundle’ tempatan baik dari sudut seorang penjual mahupun pembeli.
Pergilah kemana sahaja di seluruh pelusuk negara, anda pasti akan menemukan kedai ‘bundle’, pusat kitar semula (recycle), dan pasar-pasar pagi atau malam yang boleh anda dapatkan barangan terpakai ini. Jika di Sarawak, warga tempatan disana mendakwa asalnya sekitar tahun 80an, ia tidak digelar ‘bundle’ tetapi diberi nama jolokan ‘PAKAIAN MAAROF’ yang membawa maksud pakaian derma. Hampir sama jika di tempat-tempat lain, ‘bundle’ lebih sinonim dengan pakaian terbuang atau sampah sahaja.
Jadi dari mana pula timbulnya arus perubahan budaya dari barang buangan kepada sesuatu yang bernilai untuk ‘bundle’ ini? Apakah terdapat sesuatu peristiwa atau pengaruh dari negara luar yang mencetuskan fenomena tersebut? Adakah keuntungan dari sudut perniagaan sahaja yang menjadi tarikan utama yang mewujudkan ‘demand’ terhadap barangan yang dilabel ‘sampah’ suatu ketika dahulu? Sebelum kita menelusuri jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut, eloklah kita kenal dahulu 3 jenis pengguna tegar barangan terpakai ini. Ini kerana sesuatu yang menjadi komoditi itu tiada membawa nilai apa-apa jika bukan kerana penggunanya.
Terdapat 3 kategori pengguna barangan terpakai secara umum:
(1) Pengguna awam (Penjual & pembeli)
(2) Pengguna tegar (Penggemar fesyen & pengikut ‘trend’)
(3) Pengguna hobi (Kolektor & pengkaji)
Nantikan kupasan lanjut tentang ketiga-tiga kategori pengguna ini di artikel Lokein yang seterusnya tidak lama lagi. “Share” post ini di profil anda supaya lebih ramai pembaca yang boleh dikongsi bersama.
Klik sini untuk sambungan bahagian kedua <—
Newly Listed Items For Sale
-
RARE IN FLAMES BAND T-SHIRTRM 65.00
-
RARE THE CLASH BAND T-SHIRTRM 65.00
-
RARE THE SMITHS BAND T-SHIRTRM 95.00
-
THE LIBERTINES LONG SLEEVE BAND T-SHIRTRM 75.00
-
RARE THE SMITHS VTG SHIRTRM 110.00
-
RARE OVERPRINT HOLLOWEN HORROR MOVIE LONG SLEEVE SHIRTRM 65.00
-
RARE RAMBO III MOVIE T-SHIRTRM 75.00
-
RARE SID N NANCY SEX PISTOL BAND T-SHIRTRM 75.00
-
RARE ARCTIC MONKEYS BAND T-SHIRTRM 85.00
Pick Of The Month
-
COMBO DEAL JACKPOT! RM100K UTK 410 + 2 VTG NIKE GEISHA T-SHIRTRM 100,000.00
-
Nike Air Max 90RM 90.00
-
Nike 80s Blooms Day 84 Vintage T-Shirt SRM 380.00
-
Nike Air Jordan Ballwing 1980’s T-Shirt M USARM 1,000.00
-
Cap Nike Air JordanRM 50.00
1 Comment