No products in the cart.
Klik sini untuk membaca artikel ini bahagian pertama <—
Di bahagian pertama artikel kita telah sama-sama telusuri asal berkaitan terma dan definisi bundle, vintage, pre-loved & second-hand. Jelas sekali itu hanya pengiktirafan dari perspektif bahasa sahaja yang belum cukup untuk mentakrif nilai sebenar yang dibawa oleh fenomena barangan terpakai ini. Seperti yang dijanjikan, untuk bahagian kedua artikel ini, kita akan sama-sama berkongsi pengetahuan dengan lebih mendalam tentang bagaimana fenomena ini berjaya membekas didalam jiwa kebanyakan dari kita hinggalah ia membentuk satu budaya dan gaya hidup.
Sebagai permulaan mari kita kenal dahulu 3 jenis konsumer barangan terpakai ini. Ini kerana sesuatu yang menjadi komoditi itu tiada membawa nilai apa-apa jika bukan kerana penggunanya.
Terdapat 3 kategori pengguna barangan terpakai secara umum:
(1) Pengguna awam (Penjual & pembeli)
(2) Pengguna tegar (Penggemar fesyen & pengikut ‘trend’)
(3) Pengguna hobi (Kolektor & pengkaji)
[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]
1 – Pengguna awam (Penjual & pembeli)
Inilah titik permulaan di mana barangan terpakai menjadi relevan kepada masyarakat kerana pengguna dapat mencari produk berkualiti tinggi dengan harga yang murah. Membeli barangan terpakai membolehkan pengguna mengakses jenis gaya yang mewah dengan hanya berbelanja yang sekadar mereka mampu. Sebagai contoh, anda boleh membeli kasut jogging Nike dengan hanya membayar 30% daripada harga runcitnya. Jelas sekali untuk segmen pengguna ini harga adalah tarikan utama dan di sinilah majoriti datangnya konsumer barangan terpakai.
2 – Pengguna tegar (Penggemar fesyen & trend)
Segmen ini lebih tertumpu kepada konsumer pakaian, kasut & aksesori vintage. Antara penyumbang utama yang melahirkan pengguna di segmen ini adalah budaya fesyen yang dipopularkan oleh selebriti terkenal di AS di mana mereka memakai t-shirt atau pakaian vintage yang langsung menjadi trend fenomena di kalangan peminat & pengikut mereka diseluruh dunia. Sejak beberapa tahun yang lalu, selebriti seperti Kanye West, Kim Kardashian, Justin Bieber dilihat memakai t-shirt vintage mereka di khalayak umum dan gambar-gambar mereka tersebar di media sosial.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat trend penggemar barangan terpakai telah beralih dari kumpulan minoriti ke komuniti yang lebih besar yang berkongsi minat yang sama seperti muzik, hobi dan fesyen. Alasan mereka bukan kerana harga murah semata-mata. Sebenarnya ramai individu yang berpendapatan tinggi dan juga selebriti suka membeli barang-barang terpakai dan vintage. Alasan utama adalah kerana mereka mahu penampilan mereka menonjol dengan gaya yang unik dan tersendiri.
Jika diperhatikan secara meluas, pengguna dari segmen ini yang menjadi nadi yang menghidupkan budaya vintage & pre-loved ini. Umum mengetahui jika sudah namanya ‘trend’ sudah pasti ada naik dan turunnya. Contoh jika dahulu ‘trend’ adalah baju Hawaii, harga pun meletup ketika itu. Tiba masa ‘trend’ lain pula muncul silih berganti. Hal ini yang sentiasa merancakkan ‘scene’ komuniti tempatan. Sama juga seperti yang berlaku di luar negara. Pemuda-pemudi mereka yang terikut ‘trend’ selebriti memakai t-shirt band vintage namun langsung tidak tahu menahu tentang band tersebut. Walaupun di-cop ‘poser’ namun, tidak menjadi hal yang besar buat mereka. Yang penting bagi mereka adalah gaya yang menjadi medium untuk mereka mengekspresi personaliti individu masing-masing.
Di samping kelihatan ‘cool’ dengan memakai jenama mewah atau menggayakan koleksi vintage yang ‘rare’, pengguna di segmen ini juga cenderung untuk menjadikan barangan terpakai ini sebagai pelaburan untuk menjana pendapatan yang menguntungkan. Mereka menjual barangan mereka ke tempat di mana terdapat ‘demand’ iaitu melalui pasaran dalam talian. Permintaan untuk pakaian vintage dari negara-negara antarabangsa seperti Amerika Syarikat, UK dan Jepun, merancakkan lagi aktiviti jualan mereka. Sehingga ke hari ini penjual dalam talian Malaysia berjaya mengaut hasil yang lumayan dengan menjadi penjual dalam talian sepenuh masa di laman web seperti eBay, Grailed & Etsy.
Di Malaysia, trend ini lebih popular dengan komuniti penjual dalam talian kerana mereka berjaya mendapatkan bekalan dengan mudah di sini ketika itu. Oleh kerana permintaan lebih banyak datang dari AS, mereka menjana pendapatan yang lebih baik dengan menjual t-shirt vintage ke luar negara kerana ketika itu di Malaysia, budaya tersebut masih agak baru. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat beberapa selebriti luar negara yang telah menjadi pelanggan tetap kepada online seller dari negara kita.
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]
3 – Pengguna hobi (Kolektor & pengkaji)
Walaupun mereka adalah minoriti, kolektor adalah mereka yang menghidupkan ‘roh’ dan ‘jiwa’ dalam dunia barangan terpakai supaya kekal bernilai. Mereka lebih tertarik kepada sejarah dan nilai sentimental sesuatu barangan itu. Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang apa sahaja yang berkaitan dengan vintage. Terdapat pelbagai jenis kolektor baik dari kereta, motosikal, muzik, pakaian, kasut, pakaian seragam tentera, filem, perabot, buku, mainan & banyak lagi.
Mereka boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Yang pertama mereka tidak mengumpul hanya kerana item tersebut mempunyai nilai jualan yang tinggi. Mereka hanya mengumpulnya untuk nilai-nilai sentimental atau kerana cerita di belakang yang memang berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka. Kumpulan kedua adalah penjual semula. Mereka memang menyasarkan untuk menjual koleksi mereka apabila mencapai waktu puncaknya dan harga pula sudah meningkat.
Sesuatu yang sangat menarik hanya untuk menyedari bahawa terdapat kisah di sebalik setiap pakaian atau barangan terpakai ini. Ia bukan hanya sekadar satu ‘benda’ lagi tetapi telah menjadi satu bahan bersejarah yang dihargai oleh pemilik sebelumnya dengan terwujudnya momen penting dengan mereka. Bagi kolektor ini, harganya tidak menjadi isu kerana mereka sanggup membelanjakan beribu-ribu dolar hanya untuk mendapatkan item tertentu dalam koleksi mereka. Keadaan item juga subjektif. Biasanya item dengan NOS (New Old Stock) cenderung lebih mahal tetapi kebiasaannya kolektor membeli bukan bertujuan untuk memakainya malah kebanyakan kondisi “collector’s item” ini sebenarnya sudah tidak boleh digunakan sama sekali kerana dikhuatiri menjejaskan rupa & bentuk asal barangan tersebut.
BAGAIMANA BERMULANYA BUDAYA INI
Satu perkara yang jelas adalah bahawa tidak semua barangan vintage adalah berharga. Jika anda mempunyai kuali penggoreng berusia 30 tahun yang dibeli di England, ia mungkin tidak akan lebih mahal daripada harga yang anda bayar pada kali pertama. Terdapat syarat-syarat tertentu yang membawa nilai kepada sesuatu barangan. Untuk menjadi lebih fokus, terdapat tiga (3) faktor utama yang menyumbang pengaruh terbesar untuk membuat sesuatu barang itu berharga.
a. Muzik
b. Filem
c. Sukan
Nantikan kupasan lanjut tentang ketiga-tiga faktor utama ini di artikel Lokein yang seterusnya tidak lama lagi. “Share” post ini di profil anda supaya lebih ramai rakan-rakan yang boleh berkongsi maklumat bersama.
Klik sini untuk membaca artikel ini bahagian pertama <—
2 Comments