No products in the cart.
Istilah atau terma vintage seringkali dikaitkan dengan barangan terpakai. Lebih tepat lagi jika di Malaysia, ia sering digunakan untuk merujuk kepada baju bundle. Seolah-olah ia sudah sebati sejak azali; jikalau sesuatu item itu adalah baju bundle atau terpakai sudah tentu ianya vintage.
Persoalan disini apakah yang dimaksudkan dengan vintage sebenarnya? Adakah semua yang baju bundle itu vintage? Adakah terdapat garis panduan tertentu untuk mensabitkan sesuatu barangan itu benar-benar vintage atau tidak? Dan persoalan utama ialah, adakah vintage itu sekadar fesyen yang datang dengan trend dan akan berlalu suatu masa nanti atau ia benar-benar satu hobi yang serius?
Menurut Wikipedia, istilah vintage itu pertama kali digunakan pada awal abad ke-15. Ia diambil dari perkataan Perancis Lama iaitu vendage, yang bermaksud menuai wain. Perkataan ini diambil dari bahasa Latin; vinum (wain) dan demere (untuk menghapuskan). Masyarakat barat menggunakan perkataan vintage untuk merujuk kepada tahun wain tertentu dihasilkan.
Berbeza pula dengan antik yang berasal dari bahasa Latin: antiquus, yang bermaksud “tua”, “kuno” adalah barang yang dijadikan sebagai koleksi. Ia dikumpulkan atau diingini kerana nilai estetika yang tinggi, emosi atau memori peribadi, dan ciri-ciri unik yang lain. Sesuatu barangan itu hendaklah berusia sekurang-kurangnya 100 tahun untuk ditakrif sebagai antik.
Terdapat satu lagi maksud vintage yang biasa digunakan oleh komuniti bundle kita iaitu sesuatu yang mempunyai nilai yang berkualiti tinggi dan berkekalan, atau mempunyai ciri-ciri pembuatan yang terbaik terutamanya dari masa lalu. Secara umumnya jika item itu tidak lebih tua daripada antik tetapi tidak kurang daripada 20 tahun, ia jatuh di bawah vintage.
Juga popular adalah istilah ‘true vintage‘ dimana sesuatu item itu harus sekurang-kurangnya berusia kira-kira 50 tahun. Banyak faktor yang boleh diteliti secara terpeinci jika ingin meletak hukum pada satu-satu item itu vintage atau tidak, di mana kebanyakan dari kita sudah mahir dalam selok-belok ilmu nya. Mungkin boleh diperjelaskan didalam artikel akan datang.
Berbalik pada persoalan utama, adakah vintage itu sekadar fesyen yang datang dengan trend dan akan berlalu suatu masa nanti atau ia benar-benar satu hobi yang serius? Saban hari kita sering terlihat di media sosial semakin ramai yang meminati baju bundle dan aksesori yang berasal dari tahun-tahun yang terdahulu.
Jika di luar negara, fesyen 90an semakin mendapat tempat di kalangan remaja dan permintaan untuk pakaian terpakai amatlah tinggi. Menurut kajian, hasil pendapatan dari industri pakaian terpakai di USA telah mencecah USD10 billion sehingga akhir 2019.
Di negara kita tidak kurang hebatnya di mana industri bundle yang telah bermula sejak 40 tahun yang lalu kini menjadi antara negara pengimport terbesar baju bundle di dunia. Bermula dari pasar pagi dan pasar malam hingga ke kedai-kedai dan butik premium dan diteruskan pula dengan jualan-jualan secara atas talian seperti Lokein.
Terdapat tiga kelompok yang jelas dari komuniti besar penggemar baju bundle di Malaysia. Yang pertama adalah mereka yang membeli baju bundle kerana harganya murah disamping dapat memakai pakaian harian yang berkualiti tinggi.
Golongan ini biasanya adalah mereka yang teliti dengan penggunaan wang untuk dibelanjakan. Mereka juga tahu tentang membezakan kualiti sesuatu barangan. Sebagai contoh, memang sehelai seluar sukan yang baru di pasar malam murah harganya tetapi kualitinya amat rendah. Pada mereka, lebih baik berbelanja di kedai bundle yang mana mereka boleh dapat seluar sukan yang berkualiti tinggi dengan harga yang sama. Cuma bezanya barangan itu terpakai.
Kelompok yang kedua pula adalah yang pengumpul barangan-barangan rare dan vintage sebagai hobi dan koleksi. Golongan ini sanggup berbelanja tinggi untuk mendapatkan satu-satu item yang diminati. Sebagai contoh jika seseorang itu minat dengan baju-baju band yang vintage, mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk membelinya.
Walaupun begitu, terdapat juga individu-individu yang bijak menyelam (istilah untuk mencari) di kedai-kedai bundle hinggalah mereka berjumpa apa yang dihajati. Individu-individu ini kebiasaannya hanya akan membeli dengan harga yang murah sahaja.
Kelompok yang terakhir adalah mereka yang mengikut trend fesyen terkini dengan membeli pakaian yang mengikut tema tahun sebelumnya seperti fesyen 70an, 80an dan 90an. Sudah tentu di kedai bundle akan banyak terdapat koleksi seperti ini dan kebiasaan dari kelompok ini tidak terlalu mengambil kira tentang jenama barangan itu. Asalkan ia mempunyai gaya vintage yang dicari, mereka akan membelinya.
Sebagai contoh, jika ada antara kita yang melalui zaman remaja yang umurnya belasan tahun pasti mengingati ketika di hujung 80an ke 90an waktu itu fesyen baju T bersize besar dipadankan dengan seluar jeans baggy dan kasut skate. Fesyen tersebut kini digilai kembali oleh generasi yang baru. Ini menandakan pakaian vintage telah diterima sebagai trend fesyen terkini.
Ada juga segolongan yang tidak begitu mengambil berat tentang gaya. Bagi mereka asalkan barangan itu vintage dan rare, mereka pasti mahu memiliki dan menggayakannya.
Jelas sekali, pakaian vintage itu berubah-ubah kaedah penetapannya. Jika seseorang itu berada di tahun 2000, baginya pakaian yang berasal dari tahun 60an atau 70an itu yang dikira vintage.
Berbeza pula jika seseorang itu berada di tahun 2020, mungkin ketika itu pakaian yang dibuat pada tahun 2000 pula yang dikategorikan sebagai vintage. Malah, jika di layari laman-laman web marketplace seperti eBay, Etsy atau Grailed ketika ini, sudah terdapat penjual-penjual yang mengiklankan pakaian dari tahun lewat 90an ke tahun 2000 dan mereka menandakannya sebagai vintage.
Konsep vintage yang dulu seharusnya dari tahun 60an atau 70an sudah tidak relevan lagi. Tidak semestinya t-shirt vintage itu hanya yang jahitannya single sahaja. Juga tidak semestinya yang vintage itu mahal harganya. Begitulah harmoninya dunia bundle jika benar-benar diselami.
Kesimpulannya, vintage bukanlah sekadar trend fesyen atau mainan koleksi semata-mata. Ianya adalah subjektif pada individu tertentu. Tidak ada undang-undang tertentu kepada si pemakai untuk memilih seleksi persalinannya.
[logichop_block id=”lhr-welcome-cta-block”]
Cuma dari segi gaya, mahu atau tidak, perlu ada sedikit ketelitian dalam pemilihan padanan pakaian jika tidak mahu kelihatan janggal. Sebagai contoh jika gaya seseorang itu lebih kepada punk, tidak sesuai pula jika dia mengenakan beg silang Louis Vuitton bukan?
Jangan risau dengan kata-kata orang jika pilihan anda adalah baju T raglan (tiga suku) The Rolling Stones, bersama seluar jeans Nudie, dipadankan dengan kasut but Red Wing dan topi Hawaii dan juga jam tangan G-Shock bersama beg clutch Louis Vuitton.
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-3″]
Jikalau ya, andalah yang paling vintage sekali pada hari tersebut. Yang penting, ukur baju di badan sendiri. Jangan kerana mahu bergaya, badan sengsara kerana habis berbelanja. Jadilah orang yang bijak.
Di bawah adalah antara pilihan editor Lokein yang dirasakan antara yang terbaik untuk digayakan di hari raya nanti. Anda boleh klik link-link yang diberikan di bawah untuk terus melihat butiran lanjut.
Juga boleh layari kedai-kedai online lain yang terdapat di Lokein untuk melihat pelbagai lagi pakaian vintage dan rare dari trusted seller yang berdaftar. Selamat membeli-belah!
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-4″]
Editor’s Pick
-
Product on saleAuthentic Vintage 1995 Coca-Cola Bear Dunk Tee USA LRM 180.00
RM 250.00 -
Product on saleAuthentic Vintage 1995 No Doubt Anaheim Band Tee Wild Oat USARM 300.00
RM 480.00 -
Product on saleAuthentic Vintage 1992 Eric Clapton Tour Tee USARM 150.00
RM 220.00 -
Adidas Vintage 70s JacketRM 1,000.00
-
Adidas Vintage West Germany Tracktop MRM 450.00
-
Big Yank – Vintage DeadstockRM 500.00
2 Comments