Yoh Lie Terima Kejutan – Safawi Rashid Beli Baju Vintage Di Live

WhatsApp Image 2020-06-27 at 05.05.49

Tengah malam Sabtu sebentar tadi sesi ‘live’ Yoh Lie, seorang kolektor dan penjual baju-baju vintej menjadi tumpuan ramai. Walaupun sebelum ini Yoh Lie memang ramai ‘followers’ yang mengikuti sesi jualan secara ‘live’ beliau di Facebook. Tetapi malam tadi merupakan yang paling bersejarah dalam hidup Yoh Lie, pada pendapat penulis. Manakan tidak, salah satu baju beliau telah dibeli oleh pemain bolasepak kebangsaan yang terkenal iaitu Safawi Rashid.

 

 

Safawi telah ‘lock’ sehelai t-shirt Harley Davidson 3D Emblem, ‘copyright’ tahun 1989 dengan harga RM2,000. T-shirt tersebut yang boleh dikatakan dalam keadaan sangat baik untuk sehelai baju yang telah berusia hampir 30 tahun. Lebih menambah ‘ummpphh’ material (kain) t-shirt tersebut disifatkan oleh Yoh Lie sebagai ‘paper-thin’, satu terma yang popular dikalangan peminat item vintej untuk menggambarkan ke-nipis-an fabriknya. Penulis sendiri teruja melihat secara live tadi.

 

 

Walaubagaimanapun, bukan tentang ‘details’ baju atau harga terjual itu yang paling menarik perhatian. Sesiapa yang mengikuti sesi ‘live’ malam tadi sudah tentu berpuas hati dengan ‘happy ending’ momen bersejarah itu. Ia umpama masing-masing berkongsi perasaan yang sama seperti Yoh Lie, bagai meraikan satu kemenangan dalam usaha menaikkan nilai vintej di mata umum. Ya mungkin bagi anda yang baru mengikuti perkembangan ‘scene’ bundle tempatan akan merasa tiada apa yang istimewa kerana sebelum ini ada item yang lebih mahal berkali ganda harganya dari RM2,000 Safawi Rashid untuk Harley 3D tadi. Namun bagi penulis, ia merupakan satu tanda yang ekosistem atau rantaian perniagaan bundle dan vintej di negara kita ini sudah mula berevolusi ke tahap yang seterusnya. 

 

[logichop_block id=”drop-1″]

 

 

Teringat kata-kata Hamid Harun ketika menyantuni beliau di Machang, Kelantan tahun lalu. “Kita di Malaysia belum ada lagi selebriti atau orang ternama yang betul meminati item vintej untuk dijadikan medium untuk berfesyen. Di Thailand sudah lama ada. Sebab itu penerimaan masyarakat sana lebih mudah dan terbuka berbanding orang kita”, kata Abe Mid, orang lama yang merendah diri dan ‘low profile’. Ketika Safawi Rashid ‘lock’ baju Harley 3D itu, penulis teringat David Beckham dengan t-shirt Rolling Stones nipis, Kanye West dengan t-shirt Nirvana koyak dan lain-lain selebriti terkenal dilihat menyarung t-shirt vintej sebagai ‘fashion statement’.

 

Mungkin di tempat kita agak terlewat trend itu datang. Pernah juga penulis terbaca ‘post’ tentang beberapa lagi artis Malaysia yang ‘melayan’ baju bundle vintej seperti Jep Sepahtu dan Akim Ahmad. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu yang mereka bukan dibayar untuk mensensasikan baju bundle, tetapi mereka memang minat dan mengikuti trend terkini aliran fesyen dunia yang dari dahulu akan cenderung ke arah vintej2. Pernah di satu ‘event’ di Johor Bharu, ratu rock Ella ‘shopping’ t-shirt vintej dengan salah seorang ‘seller’ ketika itu. Antara t-shirt yang Ella beli adalah t-shirt vintej Wu-Tang Clan! Hari dan tempat yang sama Akim Ahmad datang membeli t-shirt Rolling Stones. Beliau beli dan terus sarung di badan dan terus membuat persembahan di atas pentas utama bersama baju tersebut.

 

 

 

[logichop_block id=”drop-2″]

 

Kita bukanlah hendak mengambil kesempatan atau menumpang populariti selebriti untuk menaikkan harga jualan. Sebenarnya kita perlu pandang dari sudut yang lebih positif. Sebagai seorang selebriti, yang punya kemampuan untuk bergaya atau ber-fesyen, sudah tentu mereka ingin yang paling eksklusif di tubuh badan. David Beckham tentu saja mampu untuk memiliki pakaian yang berharga RM100k sehelai yang baru. Tetapi t-shirt Rolling Stones ‘Naga – Happy Birthday Mick’ warna merah yang beliau pernah pakai itu tidak mungkin boleh didapati jika tiada kolektor yang ingin menjual walaupun ditawarkan harga RM100k.

 

 

Perkembangan ini adalah sesuatu yang sihat dan wajar diberi sokongan positif. Bagaimana cara hendak menyokong secara positif? Kongsikan kisah ini dengan kenalan yang lain. Sampaikan tentang apa yang anda ‘rasa’ tentang keterujaan membeli, menjual dan menghayati nilai-nilai bersejarah setiap item yang anda minat. Terma ‘Vintage Is Gold’ itu bukan sekadar cogan kata. Item-item ini disamakan dengan emas kerana ia menjadi rebutan menyebabkan nilai harganya semakin dan sentiasa meningkat.

Cuma penulis terasa agak simpati dengan Yoh Lie ketika sesi ‘live’ tadi apabila beliau menghadapi kesukaran untuk melihat yang mana terdapat harga tawaran dari pembeli di ruangan komen. Sepatutnya proses jual beli secara ‘live’ seperti ini perlu ada sistem yang lebih teratur dan efisyen untuk melancarkan urusan penjual dan pembeli. Kami di Lokein pernah mengelolakan sesi ‘Live’ sama seperti di Facebook, namun pembida atau pembeli akan membuat bidaan atau pembelian di website Lokein. Dengan cara ini, penjual boleh ‘monitor’ secara lebih sistematik dan lancar tanpa perlu keliru apabila terlalu banyak komen yang tidak berkaitan muncul.

 

 

Semoga semua ‘seller’ dibukakan pintu peluang dan rezeki seluasnya untuk bertemu rezeki dengan bakal-bakal pembeli dan kolektor yang baru. Kami di Lokein berharap dapat menyumbang dari segi infrastruktur dan keperluan dari segi teknikal (apps, website, bidding/lock system, payment system) kepada ‘scene’ bundle kita kerana sudah tiba masa kita berurusniaga dengan lebih lancar dan teratur di platform kita sendiri. 

 


Editor’s Pick


Item Newly Listed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu