Vintage & Pre-loved – Bagaimana ia terbentuk menjadi budaya & gaya hidup (Bahagian 3 – Muzik)

P0

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-5″]

Klik sini untuk membaca artikel ini bahagian kedua <—

Di bahagian kedua yang lalu, kita telah senaraikan 3 kelompok pengguna/komuniti barangan terpakai atau bundle. Jika diperhatikan secara halus, masing-masing menyumbang ke arah kitaran ekosistem perniagaan walaupun dari kelompok berbeza. Kolektor dengan buruan barang ‘tua’ mereka, yang ber-fesyen selesa mengikuti kitaran trend dan pengguna awam yang lain pula ibarat menampung lebihan stok barang ‘ekor’ para peniaga.

Dibahagian 3 ini, mari kita lihat pula tiga (3) sub-budaya yang menjadi faktor utama dalam menyumbang pengaruh terbesar untuk membuat sesuatu barang itu berharga.

a. Muzik
b. Filem
c. Sukan

The Beatles yang didakwa mencetus revolusi sub-budaya dan fesyen Mod di kota London era 60an.

 

 

Muzik.

Muzik dan fesyen ibarat rim yang dibaluti tayar getah, seiring bergerak untuk sampai ke destinasi. Ewah! Memetik dari website Imonation.com;

“60-an adalah zaman di mana semua genre muzik mula berkembang. Stevie Wonder, Marvin Gaye, Aretha Franklin, The Beatles dan The Rolling Stones, sekadar memetik beberapa nama, adalah produk sensasi antarabangsa yang disembah oleh para peminat mereka di serata dunia. Turtlenecks, skirt setinggi lutut, korset dan gaun tanpa lengan adalah pakaian seragam ketika itu.
‘Beatle Mania’ memberi kesan besar kepada bandar London khasnya dan dunia amnya. Padanan gaya oleh pereka bentuknya yang mengambil ikon muzik sebagai inspirasi dan mengenakan mereka pakaian Brits telah memacu satu gerakan budaya ‘Mod’. Muda-mudi yang menggabungkan citarasa klasik mereka dengan pilihan muzik kegemaran ketika itu telah mencetuskan gerakan fesyen yang mendorong rakan mereka untuk mencontohi gaya mereka yang mendorong ke arah langkah pertama untuk menjiwai rock’n’roll”.

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-6″]

Nirvana muncul dengan melawan arus melalui ‘style’ mereka yang didakwa mempelopori sub-budaya dan fesyen ‘Grunge’ atau ‘slackers di era 90an.

Gerakan budaya ini berevolusi saban tahun, bercambah menjadi sub-budaya yang lain. Seperti fenomena gerakan muzik grunge yang popular dengan band Nirvana, mencetus evolusi fesyen ‘slackers’ yang bertentangan dengan fesyen Mod yang lebih berpenampilan kemas. Walaupun begitu, dari sudut pandang lain, ‘demand’ terhadap fesyen dari era 60an masih lagi mekar walaupun telah dicabar oleh trend fesyen terkini. Sama juga seperti style fesyen 90an yang lebih menjurus ke arah ‘slacker’, ‘grunge’ permintaan untuk itu masih lagi tinggi. 

Ada yang mendakwa harga t-shirt band vintage mula meroket naik selepas selebriti Hollywood dilihat meggayakannya. Namun, pada pendapat penulis karakter t-shirt itu sendiri yang memainkan peranan. Selebriti hanya penambah rencah sahaja.

Ini membuktikan yang ‘demand’ untuk barangan dari era tertentu itu tidak terikat dengan trend semasa. Sebab itu harga jualan untuk item-item berkaitan akan sentiasa menaik terutama keluaran yang asal yang digelar ‘vintage’. Secara lojik akal kita akan bersetuju kerana nisbah kuantiti item tersebut adalah kecil berbanding permintaan yang ada. Sebagai contoh t-shirt band Nirvana dengan copyright tahun 90an dengan ‘design’ tertentu harganya kini boleh mencecah ribuan ringgit berbanding harga asal pada tahun keluarannya. Jelas sekali kenaikan harga tersebut bukanlah didorong semata-mata oleh faktor trend semasa yang membuatkan item itu menjadi rebutan. Trend memang wujud namun yang menjadikan sesuatu item itu trending pula masih bergantung pada karakter item tersebut.

Errr…maaf tidak berminat untuk komen tentang gambar ini.

Namun faktor ‘trend’ juga ada memainkan peranan. Suatu ketika dahulu apabila artis-artis pop Hollywood dilihat menyarung t-shirt band vintage sebagai ‘fashion statement’, lantas hal tersebut menyuntik ‘demand’ baru dalam pasaran. Peminat-peminat artis tersebut yang mana tidak tahu-menahu tentang baju vintage sebelum ini mula terjebak dalam kancah ‘pembandelan’. Jika di USA, para penjual baju vintage menjana pendapatan lumayan membekal stok t-shirt band vintage kepada selebriti. Dinegara kita mungkin agak jarang dan nampak pelik jika seorang penyanyi pop mendayu-dayu memakai t-shirt Cradle Of Filth sebagai contoh. Tetapi di barat, Justin Bieber beberapa kali dilihat bergaya dengan t-shirt band lusuh yang mungkin membuatkan kita tertanya adakah dia betul-betul minat dengan lagu-lagu band tersebut.

Dari perspektif seorang penjual, fenomena seperti gambar ini adalah peluang untuk melariskan jualan. Memang sesuatu yang trending bersifat sementara. Namun jika ‘seller’ bijak mencipta trend dengan padanan item yang betul, hasilnya InshaAllah lumayan.

Kesimpulannya, jika anda mencari item yang boleh memberi pulangan lumayan dari sudut pelaburan, cubalah bereksplorasi dengan mendalam ke arah item berkaitan dengan muzik. Ini kerana nilai estetika yang terkandung bersama item-item tersebut berpotensi kekal sepanjang zaman walaupun datang apa-apa trend terbaru. Walaubagaimanapun suka untuk diingatkan, terdapat banyak faktor lain yang memberi tambah nilai kepada sesuatu item itu. Tidak semestinya jika ia berkaitan dengan muzik harganya pasti meletup. Kadangkala ia masih terikat dengan undang-undang ‘supply and demand’. Jika anda ada sehelai t-shirt band yang tidak begitu trending namun ada pembeli yang sanggup mendapatkannya mungkin kerana t-shirt itu berkait rapat dengan kehidupan peribadinya, anda telah berjaya mencipta ‘demand’ untuk item tersebut. 

Kita akan sambung huraian pengisian seterusnya iaitu tentang pengaruh filem pula dalam artikel akan datang. Sambil itu anda boleh lihat item-item yang ada dijual oleh sahabat-sahabat ‘seller’ kita di Lokein seperti yang dicadangkan dibawah. Anda juga boleh mencipta trend baru sendiri dan jika betul caranya, anda mampu menuai hasil dalam tempoh jangka masa lama kerana trend yang viral hanya mampu bertahan sementara. ‘Sentimental Value’ yang benar-benar akan menaikkan permintaan terhadap sesuatu item tersebut. Sekian.

[logichop_block id=”welcome-call-to-action-7″]


Newly Listed


Pick Of The Week

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu