No products in the cart.
SUPERSEED II CHAMPIONSHIP adalah pertandingan dalam talian yang dikendalikan oleh Gobi Partners dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini memberi peluang kepada syarikat tempatan di peringkat permulaan (early stage start-ups company) untuk meningkatkan perniagaan mereka dan merealisasikan potensi mereka di pasaran Malaysia.
Matlamat pertandingan ini adalah untuk memperkasakan syarikat permulaan tempatan dengan menyediakan platform untuk membuktikan nilai mereka dan membantu mereka melalui masa-masa yang mencabar ini (post-covid 19). Adalah menjadi harapan penganjur bahawa dengan mengadakan pertandingan ini, ia akan membantu mengembangkan lagi kancah keusahawanan Malaysia dan meningkatkan daya saing syarikat permulaan yang akan dimotivasikan melalui persediaan untuk mengubah landskap industri tradisional dengan inovasi teknologi.
Pertandingan ini terbahagi kepada 3 peringkat berbeza. Cabaran di peringkat pertama untuk pertandingan ini adalah ujian kehebatan dalam pemasaran dan kecerdasan. 64 syarikat akan bersaing melalui kemampuan mereka untuk memperoleh seberapa banyak undi daripada orang ramai (pengguna, pelanggan, rakan kongsi, rakan dan keluarga). Syarikat yang memperoleh undian terbanyak dalam peringkat pertama akan ke peringkat seterusnya.
Lokein merupakan satu-satunya produk anak tempatan yang dibangunkan khusus untuk komuniti bundle, pre-loved dan vintage serta collectibles item di Malaysia. Mereka akan bersaing dengan 64 lagi syarikat peringkat permulaan (early stage start-ups company) dari pelbagai bidang.
Undi Lokein di Superseed II Championship untuk mereka menang hadiah terkumpul bernilai RM15 juta yang dapat membantu mereka menaiktaraf mutu platform/apps Lokein demi kemudahan komuniti bundle/vintage kita. Undian anda adalah peluang mereka untuk menang dan melakar sejarah.
Together we stand, divided we fall!
Undi Lokein melalui link ini : VOTE LOKEIN
[logichop_block id=”welcome-call-to-action-superseed-2-1″]