Ben Davis Meluaskan Empayar Dengan Kolaborasi Bersama Levis?

ben-davis-medium

Jenama Ben Davis yang sudah mula menapak sejak 1935 itu mungkin tidak asing lagi bagi sesetengah orang. Walaupun jenama ini tidak begitu megah seperti Carhartt dan Dickies, namun ianya pernah menjadi kebanggaan rakyat di US terutamanya di San Francisco. Walaupun produk jualan jenama ini hampir sama dengan Carhartt dan Dickies, iaitu menjual pakaian ‘workwear’, tetapi anda perlu tahu cerita menarik disebalik jenama Ben Davis ini.

Salah satu kedai Ben Davis yang terawal

Sebelum jenama ini mula ditubuhkan, ianya dimulakan oleh datuk Ben Davis, Jacob Davis yang berasal dari Latvia. Kemudian, beliau merantau ke US dan mula menapak di Nevada, US pada 1870. Beliau seorang yang pakar dalam pembuatan pakaian dan pakar menjahit fabrik keras seperti penghasilan khemah dan selimut kuda.

Suatu hari, seorang wanita datang kepada Jacob Davis untuk menempah sepasang seluar bersaiz besar untuk suaminya yang selalu membuat kerja-kerja buruh kasar. Kemudian, Jacob menjahit dan memasang ‘copper rivet’ pada seluar tersebut oleh kerana pemasangan rivet pada pakaian akan menjadi lebih kukuh berbanding penjahitan yang biasa. Dari situ, beliau mendapat idea untuk memasang rivet pada semua seluar yang dihasilkan oleh nya dari fabrik “Duck cotton” hingga Denim.

contoh rivet

Tetapi, untuk penghasilan pakaian dan rivet, sesuatu jenama itu perlulah mendapatkan ‘patent’, atau perkataan yang lebih mudah difahami – lesen. Oleh itu, Jacob Davis menghubungi pembekal fabriknya, Levi Strauss untuk meminta bantuan dalam menguruskan perlesenan itu dan telah diluluskan pada 1873. Kemudian, Jacob Davis menawarkan untuk beliau berkongsi hak dengan Levis untuk menghasilkan seluar yang terpaku itu. Ini terjadi apabila permintaan seluar yang dihasilkan oleh Jacob Davis tinggi, dan beliau perlukan kilang serta tenaga pekerja yang lebih besar. Levis akui kepakaran Jacob Davis dalam pembuatan seluar yang berpaku (riveted pants). Alang-alang, Levis melantik Jacob Davis untuk memantau dan menyelia penghasilan pakaian di kilang Levi Strauss, hinggalah Davis meninggal pada 1908.

sebuah kedai Ben Davis suatu ketika dahulu

Bisnes itu diteruskan oleh anaknya, Simon dan cucunya, Ben yang menghasilkan suatu jenama yang digeruni – Ben Davis. Oleh kerana Ben Davis menghasilkan pakaian ‘workwear’, pakaian mereka pernah dijual di kedai pakaian dan juga kedai hardware di sekitar US. Info tambahan, selain dari baju dan seluar, Ben Davis juga menghasilkan overalls, sarung tangan dan juga headwear.

Setiap pakaian dihasilkan di US menggunakan bahan dan teknik berkualiti tinggi. Pada mulanya, tag pada pakaian Ben Davis tertulis “Union Made Plenty Tough”, tetapi ianya diubah menjadi “USA Made Plenty Tough” setelah perselisihan persatuan, dan kemudian menjadi “Est. 1935 Plenty Tough ”setelah beberapa bahan pembuatan mula diimport dari luar US.

Tag Ben Davis yang bertulis “Union Made Plenty Tough”
Tag yang tertulis “USA Made Plenty Tough”

Pada era 80-an, cerita Ben Davis ini hampir sama dengan sejarah Carhartt dan Dickies. Jenama ini yang pada asalnya menghasilkan pakaian buruh kasar, ianya telah menjadi pemakaian sub budaya di US oleh kerana peminat Hip Hop mula menjadikan jenama Ben Davis sebagai fesyen mereka. Ianya menjadi semakin popular apabila jenama Ben Davis ini pernah di sebut dalam lirik beberapa lagu oleh artis terkenal seperti Ice Cube, Beastie Boys, dan Dr. Dre.

Eazy E memakai Ben Davis shirt

Di era kini, jenama ini masih dipakai oleh peminat fesyen terutamanya fesyen streetwear. Jenama ini pernah berkolaborasi bersama jenama streetwear yang terkenal di era serba moden ini, iaitu Supreme. Hingga hari ini, Ben Davis masih mengekalkan identiti keluaran pakaiannya yang menjadi kebanggaan rakyat di US. Jenama ini makin dikenali oleh peminat fesyen di seluruh dunia. Jadi, jom dapatkan Ben Davis pre-loved di website kami >>> https://bit.ly/Bendavis

Jangan lupa check out item-item yang lain di bawah;

NEWLY LISTED ITEMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu