Saucony – Sebuah legasi America yang kurang mendapat perhatian

Saucony-Shadow-5000-Afew-Time-Space-Product

Brand kasut Amerika, Saucony bukan sekadar jenama warisan yang sedang meningkat popular baru-baru ini. Ini adalah satu brand yang mempunyai sejarah menarik bermula dengan sukan larian, berkembang dan berinovasi bersama teknologi untuk menghasilkan kasut berprestasi tinggi, yang bertujuan untuk mengundang berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk berlari bersama mereka.

Jenama ini ditubuhkan pada tahun 1898 sebagai Syarikat Pembuatan Kasut Saucony oleh empat peniaga muda dan diberi nama Saucony Creek di Pennsylvania, di mana jenama tersebut berasal. Disebut sebagai “sock-uh-knee”, makna di sebalik nama itu juga berasal dari kata-kata Lenni Lenape seorang Native American, “saconk”, yang bermaksud “di mana dua sungai bersatu”

Logo ikonik nya pula melambangkan aliran berterusan Creek, dan batu-batu yang melapisi dasarnya. Menjelang tahun 1910, kilang itu mengeluarkan sekitar 800 pasang kasut sehari. Jenama ini bertekad untuk masuk ke dalam komuniti atlet yang terus meningkat popularitinya, dengan memperkenalkan kasut larian pertama mereka, model 7446 Spike. Tetapi sekitar akhir tahun 1970-an barulah syarikat itu mendapat kemasyhurannya yang sebenarnya, hingga menjadi terkenal sebagai jenama yang ada sekarang. Di antara sneakerheads, model klasik sneaker, seperti Jazz adalah yang paling popular dan telah menjadi salah satu kasut paling laris.

Diakui hingga ke hari ini, Saucony bukanlah pilihan utama sneakerhead yang mengikut trending. Nike dan siri Jordan masih menguasai pasaran. Dan bahkan untuk sneakerhead yang juga pelari kasual, Saucony biasanya berada di belakang New Balance dan ASICS dari segi permintaan. Tetapi syarikat kasut Amerika ini, yang telah wujud selama lebih dari 100 tahun – lebih lama daripada New Balance dan ASICS – semakin mendapat perhatian dalam dunia budaya sneaker. Dan mereka melakukannya dengan pantas.

Setakat tahun 2014 Saucony telah melancarkan 16 model kasut yang berkolaborasi dengan 10 syarikat yang berbeza. Saucony berkolaborasi dengan banyak jenama pada tahun-tahun sebelumnya, tetapi ada sesuatu yang berbeza pada tahun 2014. Untuk mana-mana jenama yang ingin menembusi pasaran baru, terutama yang target audience adalah sneakerheads, adalah perkara biasa untuk berkolaborasi dengan brand yang sudah mempunyai pengikut. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Ronnie Fieg dengan ASICS: Dia membuat jenama yang hanya pelari serius yang peduli tentang jenama itu hingga Asics sekarang semakin popular di kalangan sneakerheads.

Kolaborasi telah memberi Saucony akses ke demografi yang sama sekali baru, tetapi ia tidak bergantung sepenuhnya kepada kolaborasi sahaja. Musim lalu, mereka menerbitkan semula Shadow 5000 dalam tiga O.G. colorways yang pertama kali muncul pada akhir tahun 80-an. Bahkan terdapat banyak model Grid 9000 edisi kolaborasi yang dilancarkan termasuk yang paling popular ketika itu model “3 Dots” premium.

Saucony Grid 9000 “3 Dots Pack” (Blue/Charcoal)
Saucony Shadow Elite X Bodega

Saucony mungkin adalah satu brand yang kurang popular di kalangan peminat sneakers bahkan penulis percaya yang ramai tidak tahu bagaimana sebutan sebenar perkataan Saucony, namun jangan terkejut jika sneakerheads mula masuk ke kedai dengan mempertimbangkan Saucony — untuk dimasukkan ke dalam senarai koleksi. Sama ada limited release seperti “Burger” Shadow 5000s atau model yang lebih general release, Saucony kini berada di radar sneakerheads yang biasanya tidak akan terpisah dengan Swoosh atau Jumpman. Gambar-gambar Saucony kini memasuki banyak feed Instagram dari sneakerheads, dan peminat tegar Saucony sendiri terkejut dengan peningkatan permintaan hingga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan model keluaran kolaborasi yang terbaru. Dan lebih baik anda percaya bahawa ini baru permulaan.

Formula Saucony telah sama selama bertahun-tahun dan gaya rekaannya masih kekal paling popular hingga hari ini bahkan Saucony dilihat tidak terpengaruh oleh siluet baru atau teknologi kasut terkini. Syarikat ini terus berusaha, menunggu dengan sabar, dan mula menjadi jenama kegemaran baru sneakerhead.

Saucony Jazz Original “Peak” Pack

Saucony bukan satu jenama yang baru hendak meningkat naik. Saucony telah berada di industri footwear ini selama lebih dari satu abad, kekal tersendiri dengan membina kualiti yang bukan sekadar populariti semata-mata yang mana kurang dieksplorasi oleh para sneakerheads. Mungkin Saucony telah berada di depan selama ini, dan sneakerheads baru nak mengejar kerana ketinggalan. Berikut merupakan model-model Saucony Collaboration pilihan Lokein buat tatapan kalian.

Saucony Grid 8000 “Sashiko”
Saucony Courageous
Saucony Jazz Anteater

Jadi bagaimana? Masih “stuck” dengan Nike atau anda merasakan Saucony juga mampu membawa “hype” yang sama dalam dunia “sneakers”? Walau apa pun pilihan anda, pastikan anda membeli yang “original” dan membuat transaksi melalui platform yang selamat seperti Lokein yang menawarkan jaminan pulangan wang jika barangan yang dibeli tidak menepati keterangan dari penjual. Jom lihat “sneakers” yang ada dijual di Lokein dari semua 100% “trusted seller” kami. Thrift on!

Newly Listed Items

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Main Menu